Rabu, 24 April 2013

11 jenis manusia didoa malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah :
  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

  4. 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

  5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

  9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

  10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

  11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Khamis, 11 April 2013

PEDOMAN AKHIR ZAMAN


  • RUGI-RUGI,RUGI JIKA MENJADI SEORANG YANG KACAK TAPI MENGABAIKAN SOLAT.SEDANGKAN NABI ALLAH YUSUF AS YANG TERKACAK DI DUNIA PUN TIDAK MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB BAGINDA KEPADA ALLAH SWT.

  • RUGI-RUGI JIKA MENJADI WANITA CANTIK TAPI ABAIKAN SOLAT,SEDANGKAN SAIDATINA AISYAH R.ANHA YANG AMAT LAWA DAN COMEL PUN TIDAK SESEKALI MENINGGALKAN SOLAT.

  • RUGI-RUGI,APA UNTUNGNYA JADI SEORANG YANG KAYA RAYA TAPI TIDAK SOLAT,SEDANGKAN NABI SULAIMAN AS YANG DIANUGERAHKAN KEKAYAAN DAN KEBESARAN OLEH ALLAH SAT SENTIASA MENTAATI PERINTAH-NYA.

  • RUGI-RUGI,TERAMAT RUGI BAGI ORANG YANG FAKIR MISKIN YANG TIDAK MENUNAIKAN SOLAT. SUDAHLAH MISKIN DI DUNIA APATAH LAGI DI AKHIRAT.SEDANGKAN SAHABAT RASULULLAH SAW ABI HURAIRAH RA SEORANG YANG HIDUP SUSAH DAN MISKIN,TETAPI TIDAK PERNAH MELUPAKAN ALLAH SWT.

  • RUGI-RUGI,RUGINYA JIKA ANAK-ANAK KITA ( BAGI YANG TELAH BERKAHWIN ) TIDAK PERNAH MENERIMA TEGURAN DAN GALAKAN DARI IBU DAN BAPANYA UNTUK SOLAT.SEDANGKAN MEREKALAH BAKAL MEMBERI KITA PAHALA APABILA KITA SUDAH BERADA DI ALAM BARZAKH KELAK.

* Nota : Sesiapapun kita di dunia,kaya,miskin,cantik mahupun tidak,berpangkat atau sebaliknya,amat RUGILAH jika kita tidak mentaati perintah Allah SWT.

Couple adalah Haram?..Renungkanlah sedalamnya


Timbul suara-suara orang jahil yang mempertikaikan hukum agama yang mengatakan couple adalah haram. Bagi mereka, couple ini tidak haram sebaliknya sebagai jalan untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi. Itu memang ada benarnya jika anda tidak fikir dalam-dalam. Mengapakah Islam melarang penganutnya untuk bercouple-couple ini?

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..

Cuba renungkan ini:

1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.

2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau luar rumah dan menyebabkan berlaku khalwat dan zina.

3.
Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.

4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.

5. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya.Boleh jadi orang yang menolak hukum ALLAH diibaratkan sebagai kebal dari azab ALLAH.jadi cubalah letakkan tangan anda yang berperangai demikian diatas api dunia atau biarkan saja diatas bara api’

10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang

Assalamualaikum..

Info hari ini adalah mengenai 10 Benda/Perkara yang tidak dapat dibeli oleh Wang.Ingatlah wang bukanlah segalanya..Tapi Wang penting dalam membina hidup yang mendatang..Jadi seimpanlah wang secukupnya agar selesa dihari tua..


DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.


4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Maha Melihat


Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
S'gala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Kau yang maha melihat
Kau yang maha melihat
Kau yang maha pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang maha pengasih
Kau yang maha penyanyang
Kau yang maha pelindung
PadaMu semua bertekun

Yang dicinta 'kan pergi
Yang didamba 'kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus s'galanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata

Rabu, 10 April 2013

SOLAT DHUHA : MENCARI BARAKAH DARI ILAHI


** WAKTU SOLAT DHUHA

-         dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

- Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran  matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

** CARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

-         sekurang-kurangnya 2 rakaat & maksimum sehingga 12 rakaat



** NIAT SOLAT DHUHA


** SURAH-SURAH YANG DIBACA DI DALAM SOLAT DHUHA

1.  SOLAT DHUHA 2 RAKAAT

i/  Ayat al-Kursi ( Allahu Lailaha Illa Hual Haiyul Qayyum )  10 kali dan Al-Ikhlas (  Qul hua llah )  10 kali atau;

ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;

iii/  Al-lail ( Wal laili iza saja )  dan Al-Insyirah( Alam Nasyrah )


2. SOLAT DHUHA LEBIH 2 RAKAAT


i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.

ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas


3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

Maksud : Berilah daku wahai Yang Maha Memberi Ilmu dan Hikmah dan kurniakanlah 
                  aku Wahai Yang Maha Memberi Kurnia,jadi mudahkanlah aku



4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:


5.      Berdoa


























Jumaat, 5 April 2013

SUNNAH HARI JUMAAT

Assalamualaikum...

Untuk pagi Jumaat yang mulia ini,pengkongsian yang diberi semoga bermakna dalam diri.Amalkanlah untuk meraih redha Ilahi.



Rabu, 3 April 2013

PENGHULU ISTIGHFAR


NOTA : Kebiasaanya dibaca di dalam solat sunat Taubat.

JAWATAN KOSONG 2013 : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Assalamualaikum sahabat semua.Moga2 sihat apa jua adanya dan hendaknya.Haha..So,bagi kengkawan yang baru sahaja grad dari U masing-masing ataupun yang masih tercari-cari job,disini saya akan sentiasa dan sedia membantu anda.Melalui website Ohjob.Info. iaitu Jawatan Kosong dari UKM.Jadi rebutlah peluang keemasan dan keperakan anda.Jangan biarkan diri melarat kalau malas..

JAWATAN KOSONG UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ( UKM )

Warganaegara Malaysia berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di lokasi tersebut seperti berikut :-

Tarikh tutup sebelum : 14 April 2013 & 16 April 2013

Sila layari website untuk mendapatkan jawatan tersebut :


OHJOB.INFO ( di Area  UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) )

Selamat berjaya!!


Selasa, 2 April 2013

Bila Waktu Telah Berakhir-Renungilah




bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu


bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tanpa kau sedari
masikah ada jalan bagimu

untuk kembali
mengulangi masa lalu


dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yang ada akan
kembali padaNya


bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi


Isnin, 1 April 2013

31/3/2013 - SEPETANG BERSAMA GI JOE : RETALIATION







JANGAN SAMBUT APRIL FOOL DAY

Assalamualaikum..

Selamat bertamu di Bulan Geogory yang baru.Semoga masuk bulan baru ni,bertambahlah segala amal kebaikan kita dengan izinNya.Dan semoga Allah mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh kita pada bulan-bulan dan tahun2 sebelum ini..

Untuk hari ini,ingin saya berkongsi mengenai 1 April.Iya,1 April kebiasaanyya bagi remaja masakini akan buat perkara yang tak sepatutnya dicontohi.Al-maklumlah,mungkin ada di antara masyarakat di Malaysia ini khususnya remaja Islam masih lagi terikut-ikut dengan budaya ini.So,tinggal-tinggalkanlah dan jangan contohi budaya barat yang akan merosakkan jiwa umat Islam masakini.Ini kerna mereka menganggap 1 April merupakan hari untuk bergurau secara melampau terhadap orang lain tanpa memikirkan hati dan perasaan orang yang ditimpa oleh gurauan melampau mereka.


April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
"MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI".

Sabda Nabi SAW :

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.