Ahad, 10 November 2013

Catatan.


Daripada bercinta dengan manusia di dunia yang banyak kerenah dan ragam ini biarlah  aku bercinta dengan mahkluk halus yang tak nampak',getus Amir menahan geram dihati lantaran disakiti hatinya oleh Fizrah yang tergamak meninggalkannya tanpa alasan munasabah.Satu alasan yang tak boleh diterima akal,"saya tak bersedia lagi nak kahwin dengan awak"Kenapa awak sanggup buat saya macam ni pada saya.Tegarkah awak?Ada hati dan perasaan tak?"Bentak Amir di hadapan Fizrah.Wanita bertudung ala Yuna itu menunduk dan terus berlalu pergi meninggalkan Amir yang mula mengalirkan airmata lelakinya.

Tangan Amir menumbuk meja bertalu-talu.Kedengaran bunyi meja yang kuat menyebabkan sahabat baiknya Fazil terbangun dari tidur.Sebelum tidur,Fazil sedang membaca akhbar hari ini.

Hoi,apahal ko ni,aku nak tido pun tak boleh,Fazil menunjukkan kemarahannya kepada Amir yang kini berbaring di atas sofa."

Ta ada apalah.Baik ko sambung tido.Jangan tanya kenapa"Amir menjawab sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah Fazil.Fazil terdiam dan menyambung semula tidurnya.Amir bingkas bangun dari katilnya dan menuju ke arah jendela biliknya.Dia merenung di luar jendela.

Sejak dari itu,Amir cuba melupakan cintanya dan mengajak Fazil dan Borhan untuk membuat aktiviti luar di kawasan Selangor.

Lebih kurang selepas waktu dhuha pada seawal jam 8.30 am,mereka bertiga bertolak dari pangsapuri Damai menuju ke destinasi iaitu Hutan Lipur.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< 

Senja mula berlabuh menantikan tibanya ufuk merah menandakan Maghrib.Sayup-sayup kedengaran camar terbang pulang sekawanan petanda untuk pulang dari mencari rezki ke tempat persinggahan bagi merehatkan diri.Ketika itu,Amir berjalan dalam keadaan lelah.

"Eh,kat mana aku ni?Aku tersesatkah?"Amir bertanya dalam hati.Raut wajahnya mulai berubah.Kemudian,dia cuba untuk merentasi hutan tesrebut kerana dia kini dalam keadaan berseorangan.Dua orang rakannya tidak bersamanya.Seolah-olah tersesat.

Sedang asyik berjalan meredah belantara di dalam hutan,Amir berhadapan dengan sebuah flat usang yang masih berdiri utuh di sebalik semak samun.Dadanya mula berdebar-debar.Peluh jantan mula membasahi pipi.Dalam hati mula berkata sesuatu terhadap bangunan tinggi yang telah dia temui.Sepertinya dia pernah melihat bangunan usang tersebut sebelum ini..

Imbas kembali...

"Highlands Tower....

Tahun 1993..Sebuah kondominium yang utuh  di sekitar Taman Hilview Klang runtuh secara tiba-tiba mengakibatkan beberapa penghuninya terkorban.Cuma hanya sebuah sahaja yang runtuh manakala dua bangunan lagi masih kukuh.Mungkin kerana struktur binaannya rapuh lantaran tanah runtuh.Sejak peristiwa ngeri itu berlaku,tinggallah kondominium tersebut dalam keadaan sepi dan mengerikan hari demi hari.


Tahun 2013..20 tahun berlalu..Sejarah kini berulang kembali Dua Bangunan yang utuh cuma tinggal sepi.Ditemani sang unggas dan binatang hutan yang menemani.Berdiri teguh dihiasi belitan pokok yang menemani.Membuatkan ia menjadi sebuah bangunan yang menyeramkan  bila dilihat malam hari.Sepi..Yang tinggal hanya ngeri yang pasti terjadi bila disinggahi yuang bukan penghuni..

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>> 

Amir mula terasa ingin menjejaki bangunan tersebut.Terasa hilang ketakutan dalam dirinya.Dia mencuba untuk menjejaki apa yang ada di dalam bangunan misteri tersebut.Siapa yang masih berpenghuni walaupun 20 tahun telah menyepi.

Kakinya melangkah di setiap tangga di dalam bangunan usang.Kedengaran suara unggas memenuhi ruang bangunan usang itu.Kedengaran agak menyeramkan bagi sesiapa yang mendengarkannya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Amir terlihat raut wajah seorang gadis yang berwajah bujur seperti telur yang dikupas.Matanya redup bak di dara Jepun yang menari menghiburkan Maharaja Jepun.Wajahnya penuh sayu bila dipandang.Amir memandang gadis itu di sebalik jendela yang berada di tingkat yang ke lima.Asyik merenung gadis yang berpakaian serba putih dan berambut panjang ikal mayang hingga ke paras lutut,tiba-tiba gadis itu menghilangkan dirinya.Amir tersentak lalu cuba berlari ke tingkat atas untuk mengejar gadis tersebut.

Kakinya tersadung pada akar kayu lalu terjatuh.Tiba-tiba Amir seperti berada di sebuah tempat yang sepi..Bagaikan tiada orang..Yang ada hanya tasik biru yang dipenuhi teratai warna jingga.Cantik,tak pernah aku lihat tempat seperti ini,getus hati Amir sambil terpesona melihat keindahan tasik tersebut.

Bahunya disentuh seseorang.Amir menoleh ke belakang.Seorang gadis yang dilihat dari tingkat atas berada di belakangnya.Amir terkedu.Jantungnya mula luruh.Matanya memandang gadis itu tanpa berkelip-kelip.Mulutnya terketar-ketar ingin menyatakan sesuatu tapi gagal.

" Abang tak usah berkata apa-apa.Sayakah yang abang cari tadi?"ujar si gadis itu.Baunya harum menusuk kalbu.Amir tergamam.Dia menatap wajah wanita mulus itu.


"Siapa nama kau...Kau berasal dalam bangunan inikah ?tanya Amir.Gadis itu memnbisu beribu bahasa dan tanda tanya.Sejenak dia merenung bulan purnama yang terhampar di langit yang sepi.Dalam beberapa minit,mulutnya mulai bergerak menyatakan sesuatu.Halus suaranya.


" Suri Nurani,.Ya,saya memang salah seorang penghuni di sini. "

Amir terdiam.Dingin mula menyerang di sekujur tubuhnya.Terasa debar dalam hati.Mana mungkin dia penghuni disini sedangkan kondo ni sudah 20 tahun.


.........................


Amir terduduk dan berteleku.Apa yang dilihatnya adalah satu bungkus jasad manusia yang masih elok tak dimakan anai-anai.Wajah tersenyum Dinda menyelinap disebalik bungkusan putih itu.


Kata Ustaz Imran yang merupakan bekas ASP Bukit Aman,sebelum kematian Dinda,dia selalu bertahajud pada setiap malam.Tetapi pada ketika seminggu sebelum kejadian Highlands Tower runtuh,dia telah dibunuh dengan kejam oleh kekasih lamanya lantaran dendam akibat cinta tidak terbalas.