Hukum Meletakkan Status 'In A Relationship With' dalam FB,Twitter dan lain-lain...
Assalamualaikum dan selamat malam semua....
Selamat menunaikan ibadah dimalam yang diberkati,semoga segala amalan yang dilakukan mendapat keberkahan dariNya yakni Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Menguasai.
Info yang diketengah ketepikan hanya untuk tatapan bersama khususnya buat sahabat2 yang sedang berfacebook.Sama-sama renungkan dan apa yang salah kita perbetulkan,apa yang betul jangan disalah-salahkan.Anggap ianya sebagai peringatan dan pedoman kita bersama dalam menempuh hidup yang sementara atas dunia ini sebelum melangkah ke alam yang abadi yakni akhirat.
renungkanlah bahawa..
Bagi seseorang lelaki atau wanita yg berani meletakkan in a relationship with
kekasih bukan mahramnya itu...ia sedikit sebanyak telah hilang sifat
malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslim ataupun muslimah...kerana ia
seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang
bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya...seperti istiharkan
kemaksiatan...tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with
kekasih bkn mahram boleh menimbulkan fitnah??? dan apabila timbulnya
fitnah boleh mendatangkan dosa??? akhir zaman ini ramai manusia yang
berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...nak bangga sampai bila?
Tahukah
anda sahabat sekalian bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada
mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan
pertunangan...inikan pula perhubungan couple yang jelas haram...tetapi
nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus
couple!!!...kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu
pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan
sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:
“Rahsiakan pertunangan dan
iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari
Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani
di dalam Irwa’ al-Ghalil)
oleh itu janganlah berbangga
dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana
yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...nak selamat dan
elak diri difitnah...halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak
berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat...
p/s : Jangan sampai in a relationship berbulan-bulan tapi tak kahwin,tak ke padah namanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan