1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah
melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta
supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil
Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah
mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/
melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah
3. Wewangian – Siapa sahaja wanita yang memakai
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya,
maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya
terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada –
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian
hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang
mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis
Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya
menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan
tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti
orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang
gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan
Bukhari.)
8. Tangan –
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At
Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin
hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari
Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW: Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala
pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah
perempuan-perem puan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan
orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perka
taan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW Sesungguhnya akan ada umat
ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, yaitu kepala mereka
dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah
kepada perempuan-perem puan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat
lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati
suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun
yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat
Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebiha n terutama yang menjolok mata , maka Allah
akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis
Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu , anak perempuanmu
dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan
ahli Neraka ialah perempuan-perem puan yang berpakaian tetapi telanjang yang
condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka
tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang,
ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagi an tertentu.
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan