Isnin, 2 Disember 2013

Fenomena akhir tahun : Macam canteekkk je..

Assalamualaikum..

Selamat siang..selamat melihat hujan turun.Sejak dua menjak ni,hujan mulai turun,membasahi bumi yang telah lama kering..So,bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa yang menurunkan rezki berupa hujan..Semoga tetap bersemangat dalam melakukan tugas walaupun dalam keadaan sejuk..

Oh,ya akhir-akhir ini banayk terjadi perkara yang pelik tapi benar..Maklumlah dunia ini dunia akhir zaman.Contohnya..

FENOMENA MACAM COMEL JE..

Fenomena sebegini sebenarnya dicipta bagi memalukan diri sendiri..Tak percaya,taip je dalam Youtube..

Perbuatan macam tu ok ke tak ok?mOLEK KE ATAU SEBALIKNYA

So,fikirkanlah sebaiknya..

Yang bawah  ni ok..memang comel pun..




Saudari, kamu cantik sekali


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.


Saudari, kamu cantik sekali

Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat.



Saudari, kamu cantik sekali

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.



Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.



Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?



Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.



Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.
 
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.

Ahad, 10 November 2013

Catatan.


Daripada bercinta dengan manusia di dunia yang banyak kerenah dan ragam ini biarlah  aku bercinta dengan mahkluk halus yang tak nampak',getus Amir menahan geram dihati lantaran disakiti hatinya oleh Fizrah yang tergamak meninggalkannya tanpa alasan munasabah.Satu alasan yang tak boleh diterima akal,"saya tak bersedia lagi nak kahwin dengan awak"Kenapa awak sanggup buat saya macam ni pada saya.Tegarkah awak?Ada hati dan perasaan tak?"Bentak Amir di hadapan Fizrah.Wanita bertudung ala Yuna itu menunduk dan terus berlalu pergi meninggalkan Amir yang mula mengalirkan airmata lelakinya.

Tangan Amir menumbuk meja bertalu-talu.Kedengaran bunyi meja yang kuat menyebabkan sahabat baiknya Fazil terbangun dari tidur.Sebelum tidur,Fazil sedang membaca akhbar hari ini.

Hoi,apahal ko ni,aku nak tido pun tak boleh,Fazil menunjukkan kemarahannya kepada Amir yang kini berbaring di atas sofa."

Ta ada apalah.Baik ko sambung tido.Jangan tanya kenapa"Amir menjawab sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah Fazil.Fazil terdiam dan menyambung semula tidurnya.Amir bingkas bangun dari katilnya dan menuju ke arah jendela biliknya.Dia merenung di luar jendela.

Sejak dari itu,Amir cuba melupakan cintanya dan mengajak Fazil dan Borhan untuk membuat aktiviti luar di kawasan Selangor.

Lebih kurang selepas waktu dhuha pada seawal jam 8.30 am,mereka bertiga bertolak dari pangsapuri Damai menuju ke destinasi iaitu Hutan Lipur.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< 

Senja mula berlabuh menantikan tibanya ufuk merah menandakan Maghrib.Sayup-sayup kedengaran camar terbang pulang sekawanan petanda untuk pulang dari mencari rezki ke tempat persinggahan bagi merehatkan diri.Ketika itu,Amir berjalan dalam keadaan lelah.

"Eh,kat mana aku ni?Aku tersesatkah?"Amir bertanya dalam hati.Raut wajahnya mulai berubah.Kemudian,dia cuba untuk merentasi hutan tesrebut kerana dia kini dalam keadaan berseorangan.Dua orang rakannya tidak bersamanya.Seolah-olah tersesat.

Sedang asyik berjalan meredah belantara di dalam hutan,Amir berhadapan dengan sebuah flat usang yang masih berdiri utuh di sebalik semak samun.Dadanya mula berdebar-debar.Peluh jantan mula membasahi pipi.Dalam hati mula berkata sesuatu terhadap bangunan tinggi yang telah dia temui.Sepertinya dia pernah melihat bangunan usang tersebut sebelum ini..

Imbas kembali...

"Highlands Tower....

Tahun 1993..Sebuah kondominium yang utuh  di sekitar Taman Hilview Klang runtuh secara tiba-tiba mengakibatkan beberapa penghuninya terkorban.Cuma hanya sebuah sahaja yang runtuh manakala dua bangunan lagi masih kukuh.Mungkin kerana struktur binaannya rapuh lantaran tanah runtuh.Sejak peristiwa ngeri itu berlaku,tinggallah kondominium tersebut dalam keadaan sepi dan mengerikan hari demi hari.


Tahun 2013..20 tahun berlalu..Sejarah kini berulang kembali Dua Bangunan yang utuh cuma tinggal sepi.Ditemani sang unggas dan binatang hutan yang menemani.Berdiri teguh dihiasi belitan pokok yang menemani.Membuatkan ia menjadi sebuah bangunan yang menyeramkan  bila dilihat malam hari.Sepi..Yang tinggal hanya ngeri yang pasti terjadi bila disinggahi yuang bukan penghuni..

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>> 

Amir mula terasa ingin menjejaki bangunan tersebut.Terasa hilang ketakutan dalam dirinya.Dia mencuba untuk menjejaki apa yang ada di dalam bangunan misteri tersebut.Siapa yang masih berpenghuni walaupun 20 tahun telah menyepi.

Kakinya melangkah di setiap tangga di dalam bangunan usang.Kedengaran suara unggas memenuhi ruang bangunan usang itu.Kedengaran agak menyeramkan bagi sesiapa yang mendengarkannya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Amir terlihat raut wajah seorang gadis yang berwajah bujur seperti telur yang dikupas.Matanya redup bak di dara Jepun yang menari menghiburkan Maharaja Jepun.Wajahnya penuh sayu bila dipandang.Amir memandang gadis itu di sebalik jendela yang berada di tingkat yang ke lima.Asyik merenung gadis yang berpakaian serba putih dan berambut panjang ikal mayang hingga ke paras lutut,tiba-tiba gadis itu menghilangkan dirinya.Amir tersentak lalu cuba berlari ke tingkat atas untuk mengejar gadis tersebut.

Kakinya tersadung pada akar kayu lalu terjatuh.Tiba-tiba Amir seperti berada di sebuah tempat yang sepi..Bagaikan tiada orang..Yang ada hanya tasik biru yang dipenuhi teratai warna jingga.Cantik,tak pernah aku lihat tempat seperti ini,getus hati Amir sambil terpesona melihat keindahan tasik tersebut.

Bahunya disentuh seseorang.Amir menoleh ke belakang.Seorang gadis yang dilihat dari tingkat atas berada di belakangnya.Amir terkedu.Jantungnya mula luruh.Matanya memandang gadis itu tanpa berkelip-kelip.Mulutnya terketar-ketar ingin menyatakan sesuatu tapi gagal.

" Abang tak usah berkata apa-apa.Sayakah yang abang cari tadi?"ujar si gadis itu.Baunya harum menusuk kalbu.Amir tergamam.Dia menatap wajah wanita mulus itu.


"Siapa nama kau...Kau berasal dalam bangunan inikah ?tanya Amir.Gadis itu memnbisu beribu bahasa dan tanda tanya.Sejenak dia merenung bulan purnama yang terhampar di langit yang sepi.Dalam beberapa minit,mulutnya mulai bergerak menyatakan sesuatu.Halus suaranya.


" Suri Nurani,.Ya,saya memang salah seorang penghuni di sini. "

Amir terdiam.Dingin mula menyerang di sekujur tubuhnya.Terasa debar dalam hati.Mana mungkin dia penghuni disini sedangkan kondo ni sudah 20 tahun.


.........................


Amir terduduk dan berteleku.Apa yang dilihatnya adalah satu bungkus jasad manusia yang masih elok tak dimakan anai-anai.Wajah tersenyum Dinda menyelinap disebalik bungkusan putih itu.


Kata Ustaz Imran yang merupakan bekas ASP Bukit Aman,sebelum kematian Dinda,dia selalu bertahajud pada setiap malam.Tetapi pada ketika seminggu sebelum kejadian Highlands Tower runtuh,dia telah dibunuh dengan kejam oleh kekasih lamanya lantaran dendam akibat cinta tidak terbalas.


Isnin, 21 Oktober 2013

Kenangan sempena Mahabbah Rasulillah

Assalamualaikum..Mengimbau semula kenangan ketika menghadiri Program Mahabbah Rasulullillah yang diadakan pada bulan 3 tahun ini yang telah berlalu tapi masih di ingatan.Program yang mengingatkan kita pada Baginda saw Nabi Muhammad yang dikasihi seluruh alam..Ya Hanana Bi Muhammad..Semoga program ini kekal sampai bila-bila.









Tambah kapsyen





Cuba lihat siapa yang berjubah hitam dan berserban dikepala itu?Hehe....

Coret moret di pagi Isnin..No Monday Blues

Assalamualaikum..Salam bahagia dan bukan satu Malaysia malah satu dunia yang seisinya beragama Islam.Salam sejahtera dan bahagia hendaknya buat para pencinta Allah dan para pencari cinta Allah..Salam sayang dan cinta saya untuk semua..

Salam titipan buat yang berbahagia dan sedang berduka
Buat yang sedang berkeja mahupun yang masih diulit mimpi membuat istana dalam kayangan angan2..Ayuh,bangkitlah dan binalah impian di alam realiti..

Hari Isnin hari permulaan..Jangan jadikan hari Isnin hari untuk bersenang lenang tanpa kerja.Bangkitlah,carilah kerja yang bermanfaat..Jangan bila dapat kerja malas buat ataupun ngeteh ngekek ngokek..Haha.Itu kedai makan hanya di Temerloh..Ngeteh De Sungei.

Bangkitlah,,carilah rezki untuk membina kehidupan yang bahagia dan selesa.Biarpun rezki yang diperolehi hanya boleh makan satu hari..Ayuh,jangan malas-malas.Jangan mintak keje dapat,dan tak hargai kerje yang diperolehi..




Ayuhlah kawan-kawan baik yang dikenali mahupun belum dikenali,carilah rezki yang halal dan buat sehabis baik..Jangan mengharapkan APC ( Anugerah  Pekerja Cemerlang ) tapi PUNCHCAD orang lain yang tolong punchkan.Nanti kena punch atas muka baru tau..Takpun mintak kucing wastik tolong punch pakai kaki..Tepet sekali dengan kaki miau guna colour air yang ada kat kedai Fon Temerloh tu.


Cari rezki Allah biarlah ikhlas.Dan teruskan kehidupan yang sementara ini selagi hayat masih ada...Selagi belum tiba pada masanya...Bila da dapat rezki,berdoa agar rezki yang dicari halal dan barakah..Dan seterusnya bertawakkallah kepada Allah..




SENARAI NO.TEL & FAX PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH DALAM PAHANG

Nama PAID & AlamatNo. TelefonNo. Fax
Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, 26600 Pekan, Pahang09-426722209-4268873
Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan 25000 Kuantan, Pahang09-512677009-5161154
Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, 26800 Kuala Rompin, Pahang09-414524209-4147678
Pejabat Agama Islam Daerah Muadzam Shah 26700 Muadzam Shah, Pahang09-450103109-4522521
Pejabat Agama Islam Daerah Maran, 26500 Maran, Pahang09-477192409-4771678
Pejabat Agama Islam Daerah Chenor 28100 Chenor Maran, Pahang09-299519009-2995927
Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh, 28000 Temerloh, Pahang09-296132109-2962220
Pejabat Agama Islam Daerah Jengka 26400 Bandar Tun Razak Jengka, Pahang09-466247009-4676581
Pejabat Agama Islam Daerah Raub 27600 Raub, Pahang09-355104409-3550196
Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut, 27000 Jerantut, Pahang09-266225809-2667685
Pejabat Agama Islam Daerah Lipis 27200 Kuala Lipis, Pahang09-312138409-3121694
Pejabat Agama Islam Daerah Bentong 28700 Bentong, Pahang09-222153109-2231211
Pejabat Agama Islam Daerah Bera 28300 Bandar Baru Bera Pahang09-250211109-2502110
Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands 39000 Tanah Rata Cameron Highlands, Pahang05-491142505-4914281/05-4914048

NASIHAT IMAM SYAFIE R.A

Nasihat Imam Syafie




EMPAT PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama


p/s : Ikuti perkara yang baik,insyallah diberkati Allah

INFO : BERKAT SEDEKAH KEPADA KUCING


Ahad, 20 Oktober 2013

CAHAYAMU YA ILAHI




Kau bawa cahaya di dalam hidupku
Disaat ku memerlukan di jalanku yang tak terang
Hatiku bertanya benarkah ku telah berbakti
Ataukah ku saat ini hanya sekedar berjanji

Kau selalu ada saat jiwaku tiada
Kau beri cinta terindah saat hatiku terluka
Tak terbayangkan erti hidupku tanpa hadirmu
Kau hembuskan harapan ketika ku kehilangan

Hanya pada-Mu ku kembali
Hanya kerna-Mu ku berjanji
Erti hidup hanya untuk-Mu ya Allah
Atas izin-Mu ku terlahir
Atas kuasa-Mu ku berdiri
Iringilah setiap langkah ku ya Allah

Tak terbayangkan erti hidupku tanpa hadirmu
Kau hembuskan harapan ketika ku kehilangan

PEDOMAN BAGI YANG BANYAK MENYALAHGUNAKAN

Jumaat, 18 Oktober 2013

sekadar bicara..

RENUNGAN JUMAAT : DIAM ITU LEBIH MULIA

LEBIH BAIK MULIA dan LOW PROFILE

Kita asyik berbicara setiap masa.. Bicara yang baik membawa kepada keselamatan dan kebaikan pada orang lain. Jika bicara tidak mengikut adabnya.. kerana mulut badan binasa! kita akan merana dunia dan akhirat. Lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Oleh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia macam kita daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia..

Kata-kata hikmah berpesan :
“Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.”

Hikmah DIAM ini merupakan
•Ibadah tanpa bersusah payah
•Perhiasan tanpa berhias
•Kehebatan tanpa kerajaan
•Benteng tanpa pagar
•Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
•Istirehat bagi kedua MALAIKAT pencatat amal
•Menutup segala aib.

Rasulullah juga ada berpesan dalam hadisnya mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud :
“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat ABU NAIM )
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.( Riwayat AT-TARMIZI )

Akhir kata kita sebagai manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan terbaik ialah DIAM kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang mulia. Bicara yang baik adalah lambang hati yang mulia dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia tersebut.