Isnin, 1 April 2013

JANGAN SAMBUT APRIL FOOL DAY

Assalamualaikum..

Selamat bertamu di Bulan Geogory yang baru.Semoga masuk bulan baru ni,bertambahlah segala amal kebaikan kita dengan izinNya.Dan semoga Allah mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh kita pada bulan-bulan dan tahun2 sebelum ini..

Untuk hari ini,ingin saya berkongsi mengenai 1 April.Iya,1 April kebiasaanyya bagi remaja masakini akan buat perkara yang tak sepatutnya dicontohi.Al-maklumlah,mungkin ada di antara masyarakat di Malaysia ini khususnya remaja Islam masih lagi terikut-ikut dengan budaya ini.So,tinggal-tinggalkanlah dan jangan contohi budaya barat yang akan merosakkan jiwa umat Islam masakini.Ini kerna mereka menganggap 1 April merupakan hari untuk bergurau secara melampau terhadap orang lain tanpa memikirkan hati dan perasaan orang yang ditimpa oleh gurauan melampau mereka.


April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
"MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI".

Sabda Nabi SAW :

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.



Tiada ulasan: