Selasa, 28 Mei 2013

SUJUDKU PADA-MU


Alhamdulillah ku syukuri nikmatMu Ya Allah Ya Rabii
Ampunilah kami dari segala dosa
Yang pernah kami perbuat di dunia ini

Di setiap nafasku ku selalu menyebut namaMu
Di setiap langkahku ku selalu menyebut namaMu
Tunjukkanlah padaku jalan kehidupan
Hanyalah padaMu ku berteduh

Di setiap tidurku ku selalu menyebut namaMu
Di setiap sujudku ku selalu menyebut namaMu
Tunjukkanlah padaku jalan kehidupan
Hanyalah padaMu ku bersimpuh

Selasa, 21 Mei 2013

Artikel di Majalah Jinak

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,karya saya telahpun bertapak di dalam lembaran Majalah Jinak dalam sudut Umum bertajuk

KISAH RASULULLAH SAW DAN KUCINGNYA




Kini majalah tersebut sudahpun berada di seluruh negeri.Bagi peminat haiwan peliharaan,jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya dikedai-kedai akhbar,kedai-kedai buku yang berhampiran dengan anda.Berminat tapi malas nak keluar duit,ubalah belek2 kat kedai tapi jangan sampai Macha kasi Potre sama kamu!Hahaha..

Ahad, 19 Mei 2013

PUISI ILAHI



Bisik angin menyapa hati
sampaikan rinduku menari bersama cahaya-Mu
Terangkumnya cerita tertulis
ukiran jiwaku setia memeluk di senja-Mu

Ya Allah ya Rabbi
ya Rahman ya Rahim
sembah sujud hanya pada-Mu

Rangkaian beribu kata
puisi yang terindah.. tercipta

Atas nama-nama cinta
hadirkan yang terindah
ya Allah.. ya Allah

Terangkumnya cerita tertulis
ukiran jiwaku setia memeluk di senja-Mu

Ya Allah ya Rabbi
Ya  Rahman Ya  Rahim
sembah sujud hanya pada-Mu

Rangkaian beribu kata
puisi yang terindah.. tercipta


Atas nama-nama cinta
hadirkan yang terindah
ya Allah.. ya Allah

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum..

Dikesempatan ini,pemilik blog ini ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU pada 16 Mei 2013 bersamaan dengan 6 Rejab 1434H buat ustaz ustazah,guru-guru,mudir mualim mualimat,pensyarah yang telah mendidik saya hingga menjadi insan yang berilmu dan berguna.Semoga Allah SWT membalas segala pengorbanan kalian.Semoga kita dipertemukan dihari yang abadi kelak.Jadilah guru yang beriman kepadaNya..mengamalkan sunnah nabiNya dan bermanfaat untuk masyarakat seisi dunia..



SEUNTAI KATA UNTUKMU GURU YANG DIHORMATI 


Rabu, 15 Mei 2013

Event : Deuter Trail Fun Run 2013 - Putrajaya Challenge Park

Assalamualaikum..Selamat pagi kengkawan semua.Masih belum terlewat untuk saya tunjukkan pada kengkawan yang saya masuk event hari Ahad ( 12 Mei 2013,2 Rejab 1434H ).Seronok juga apabila masuk event yang mendatangkan faedah pada diri juga pada kesihatan.Jadi pada yang berminat nak masuk event larian,rujuklah pada kengkawan yang minat pada benda-benda begini.

11.5.2013,Jam 12.00 pm

Mula bertolak dari Temerloh bersama kengkawan ikut jalan lama.Sepanjang perjalanan ada juga yang tersesat tapi sekejap je.Alhamdulillah,destinasi yang dicari akhirnya sampai juga dekat izinNya.

11.5.2013,Jam 5.15 pm

Pada mulanya kami tiba di kawasan Dataran Putrajaya dimana nampak Perbadanan Putrajaya serta bangunan kerajaan yang tersergam indah.Juga Masjid Putrajaya yang belum pernah dilihat.

Tapi sebenarnya bila ditanya pada Pok Guard kat situ,PCP berada ditempat lain.Kami kemudian bergerak untuk mencari lokasi tersebut  Pada mulanya kami tiba di suatu tempat.Ingat da sampai,rupanya ianya kat sebelah ajer.


Inilah tempatnya..Sama jer cuma beza sikit lah.Bukan tempat mendaftra,tapi tempat nak wal-climbing.Tengok kat dalam memang bestla.Ingat lepas ni nak pergi lagi kat sini.


Akhirnya Tiba di lokasi yang dituju iaitu Putrajaya Challange Park ( PCP )Taman Cabaran Putrajaya.Lokasi tersebut berhampiran dengan Presint 2 Putrajaya dan hampir-hampir juga dengan PICC ( Putrajaya International Convention Centre ).

Sesampainya disitu,saya bersama kengkawan perempuan pergi mendaftarkan diri untuk mendapatkan collection guddies ( first time baru dengar perkataan tu )iaitu beg..kasut.beribu jenama ..haha..itu iklan Zalora.com.Saya dapat beg pinggang,baju larian warna biru,nombor larian.


Inilah tempat mendaftarnyer..Sempoi dia punyer place.


Selepas itu,kami bergerak untuk mencari penginapan.Penginapan telah dijumpai iaitu di Hotel Boutique yang terletak di kawasan bandar Daerah Dengkil,Selangor.Tak jauh mana dari PCP.Disitu berjumpa dengan kengkawan perempuan bersama bfnyer..Haha..Mendaftar di hotel tersebut dengan harga satu bilik RM128.Mahal tapi kira oklah.Bilik pun cantik sebab ambil yang superior.



lawa tak bilik hotel ni??Memang kemas walaupun harga mahal..Bilik air pun ada stail..


12.5.2013,Jam 6.00 am - 7.00 am

Bangun pagi..mandi..solat..Sarapan ditempat yang disediakan..Kemudian check out hotel dan bergerak ke lokasi.


12.5.2013,Jam 7.45 am

Tiba dilokasi.Acara bermula.Sesi warming up bermula.Ramai juga yang masuk acara.Ianya terdapat 4 acara iaitu Kategori terbuka Lelaki,Perempuan,Junior Lelaki dan Perempuan.Saya masuk acara Terbuka Lelaki.Tapi tak pakai pun baju yang diberi.Kengkawan kata boleh tak pakai.


no.larian saya..



12.5.2013,Jam 8.00 am

Acara bermula.Lokasi larian adalah dikawasan perbukitan.Semua kategori ikut jalan yang sama.Kategori yang diambil adalah larian sepanjang 7 km.Sepanjang larian hampir juga termuntah.Aiya..Itulah balasan tak training cukup-cukup.


12.5.2013,Jam 9.00 am

Acara tamat.Tak menang pun.Tak kisahlah asalkan hepi.Dapatlah juga gift finisher.Bergambar after event (sempat lagi yek.Haha )


Setelah selesai,kami bertiga bertolak untuk pulang.Sebelum pulang,kami menikmati dulu keindahan Ilahi serta  
pemandangan yang menarik dan bangunan yang tersergam di Putrajaya dan tiba di Temerloh pada petang harinya.



Inilah Masjid Besi ( Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang indah ..kalaulah suatu masa nanti impian saya nak bergambar dengan bakal isteri kat sini )


 Banguna Putrajaya


Istana Kehakiman..Ingat tak filem Kapooww?? Elok je depan istana ni.Tak retak pun..Haha..



Jambatan ke Putrajaya..Dimana medan peretempuran antara Atoi Kapoow (Zizan Razak ) dengan Alakezamboo ( Khir Rahman )




Jumaat, 10 Mei 2013

Amalan Sepanjang Bulan Rejab


Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.

Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”

Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”

 

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

 

AMALAN MALAM REJAB

.

  1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
  3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
  4. Berdoa.
  5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

AMALAN BULAN REJAB


.

1. Bersolat

  1. Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
  2. Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Tasbih.

.
2. Bertaubat

Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga.

Dalam Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;

    1. diampunkan dosanya yang lalu.
    2. dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
    3. terlepas dari dahaga di hari kiamat.
3. Berzikir ~ Tahlil, Takbir dan Istighfar selepas Solat Fardhu Subuh dan Asar

4. Tiga Tasbih; Setiap satu, 100 kali

5. Tasbih Pada Setiap Sepuluh Hari Rejab

6. Istighfar Tauhid; 1 ~ 30 Rejab

7. Berselawat

8. Beristighfar Pagi dan Petang

 
9. Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap hari.

 
 10. Membaca Al-Quran.

REJAB : BULAN KEBESARAN ALLAH SWT

PENGERTIAN 

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

PERISTIWA PENTING DALAM BULAN REJAB 


Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Khamis, 9 Mei 2013

Confirm untuk Deuter Run 2013

Inline image 1

SELAWAT TAFRIJIYYAH ( KELAPANGAN )

Assalamualaikum wbm wbt..

Jadikanlah ia sebagai amalan harian.Semoga Allah SWT mengurniakan hikmah bagi hambaNya yang mengamalkan selawat ini.



Allahumma sholli sholatan kamilatan,wassallim salaman tamman a’la sayyidina muhammadinil lazi tanhallu bihil ukadu, watanfariju bihi qurabu, wa tuqdha bihil hawa-iju, watunalu bihi ghara-ibu, wahusnul khowatim, wayustasqal ghomamu biwajhil karim, wa-a’la alihi wasohbihi fi kulli lamhatin wanafsin bi-a’dadin kullu maklumin lak.


Ertinya :

Ya Allah ,berilah restu dan kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan besar kami,Nabi Muhammad saw,semoga dengan berkatnya terurai segala macam simpulan,dilepaskan dari segala kesusahan,ditunaikan segala hajat,tercapai segala keinginan,dan mendapat Husnul Khatimah ( akhir hayat yang baik ), dan dicurahkan hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia.Demikian juga kepada keluarga dan sahabat Baginda saw pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas,bahkan sebanyak pengetahuan Engkau.

Rabu, 8 Mei 2013

SIFAT-SIFAT PEREMPUAN YANG TIDAK BOLEH DIJADIKAN ISTERI!

Assalaumualaikum..

Renungan pada hari ini ingin menyatakan mengenai sifat  perempuan yang tidak boleh dijadikan isteri.Jadi kepada para lelakiberhati-hatilah dalam mencari pilihan hati.Jangan tersalah memilih,bimbang rumahtangga akan hancur nanti..Pilihlah yang beriman dan berahklak mulia.Bcalah untuk renungan dan peringatan bersama..


1. Al -Anaanah

banyak keluh kesah. Yg selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi mobil tak cukup, dll. Tak redha dg pembelaan dan aturan yg diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2. Al-Manaanah

suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang hendak membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam2 padanya.

3. Al -Hunaanah

ingin pada suami yg lain atau berkenan kpd lelaki yg lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dg suami/lelaki lain. Tak redha dg suami yg ada.

4. Al- Hudaaqah

suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dg berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yg dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al -Hulaaqah

sibuk bersolek atau tidur atau santai2 dll hingga lalai dg ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dg anak2, dll.

6. As-Salaaqah

banyak berbicara, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip terus. Apa saja yg suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dg telfon, SMS, internet, BBM dan macam2 cara yang lain . Yg jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dg kata2nya yg menyakitkan.

Mari sama-sama muhasabah diri dan melatih diri agar menjadi seseorang yang terbaik untuk seseorang yang kita kasihi dan cintai di hari muka kelak.


Amin....

13 PERKARA PERLU DIJAGA OLEH WANITA MUSLIMAH





1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wewangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad SAW:  Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perem puan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perka taan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)

Sabda SAW Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, yaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perem puan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)


12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebiha n terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu , anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perem puan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagi an tertentu.

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)