Jumaat, 30 Ogos 2013

BAHANA SIFAT MAZMUMAH

Bila dunia dihuni angkara
Saat itulah manusia akan melupa
Maka terlahirlah kerosakan yang menimpa
Pada dunia yang semakin tua

Bila saatnya kemungkaran terjadi
Banyaknya kemusnahan telah ditapakki
Mungkin kerna tipisnya iman dihati
Tanpa rasa berfikir akan siksa dari Ilahi

Oleh itu marilah kita bersama
Mengubah diri menjadi yang bertaqwa
Tinggalkan dosa dan jadilah seorang yang soleh
Agar terhindar nafs dari durjana dunia

Berserahlah diri hanya padaNya
Mudahan Allah akan sentiasa memelihara hati
Tingkatkan amar makruf atas rasa cinta padaNya
Semoga syurga akan merindui kita

Rabu, 28 Ogos 2013

Maha Kasih Ya Ilahi



Bila cinta mula bertasbih
Satukanlah habluminnallah sebaiknya
Jangan biarkan ianya kelam sepi
Bahawa sesuatu yang indah adalah dariNya

Wahai Yang Maha Kasih
Saat diri hamba sepi
Hiburkanlah dengan ibadah yang Engkau sukai
Jauhkanlah hati ini dari segala yang Engkau benci
Ya Rabbi Ya Karim jangan paling hati ini dariMu

Biarkan dahi ini bersujud kepadaMu
Memohon ampunan dan rahmah dariMu
Biarkan sahaja cintaku kupersembah
Hanya kepada Engkau Tuhan Maha Segalanya

Ya Ilahi Ya Maha Membimbingi
Bimbingi hamba ke jalan redhaMu
Tuntunilah hamba ke arah mahabbahMu
Agar diri ini taat setia hanyalah padaMu

Nukilan dari,

Habibi
28.8.2013

SAAT TIBA-Renungilah

Saat tiba nafas di hujung hela
Mata terbuka tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeza
Persiapkah kita untuk menghadapiNya

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jantung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kita hindari
Tak mungkin bisa kita lari
Ajal pasti kan menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami mati


nota : Saat tibanya kematian itu..kita takkan bisa lari ke mana sahaja.Kerna mati itu pasti..




Sabtu, 24 Ogos 2013

Cukup Bagiku Allah


hanya Allah tempat mengadu
Tanpa Dia siapalah diriku
Cukuplah dengan kalimah Hasbiyallah
Cukuplah hanya Engkau dalam hatiku
Hanya Engkau Sang Pecipta
Membvuka hijab cinta buat para hambaMu
Cukuplah Engkau Ya Allah
Tempat kuluah segala hasrat dan cintaku
Jangan jatuhkan aku ke lembah cinta insani yang suka mencalar hati
Tautkan hati hanya padaMu dan pada yang telah melabuhkan hatinya padaMu
Yang taat setia hanya kepadaMu
dan bukan yang bisa menyebut namaMu
Tapi berlutut pada yang Engkau telah melaknati.
Cukuplah bagiku Ya Tuhanku Yang Maha Agung
Hanya AsmaMu terlafaz dihatiku
Cukuplah hanya padaMu kuserah untuk selamanya

Selasa, 20 Ogos 2013

RENUNGAN BUAT KAUM WANITA : TUTUPLAH AURAT WALAU HANYA TERPAKSA

7 Sunnah Nabi Yang Patut Dilakukan ( amalkanlah )

Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :

Solat Tahajjud



Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :
  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)

Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari



Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud


 :“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)

Jangan Tinggalkan Masjid


Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :


"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."

Jaga Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :


“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jaga Sedekah



Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)

Jaga Wudhuk Terus Menerus

wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :


"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Istighfar Setiap Masa 

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :


“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)

Isnin, 19 Ogos 2013

Rahsiaku...

.Dunia yang aman kini kembali bergolak.Bukan bergolak dek fenomena bencana alam mahupun peperangan dunia antara negara tentera berkuasa.Dunia dilitupi sarung hitam yang berbau kejahatan sihir yang muncul secara mendadak..Muncul kumpulan kegelapan bergelar..The BlackNi9e..

Habibi.seorang jejaka yang bersifat bersahaja dan suka berfoya-foya akhirnya terjerumus ke dalam dunia alam ghaib melalkui kemalangan yang membabitkan nyawa.Setelah itu,dia berubah dan menjadi seorang yang   taat kepada Yang Maha Kuasa dan memihak kepada kebenaran serta benci kepada kebatilan dunia.Namun begitu,dia sebenarnya merupakan leluhur kepada Pahlawan terbilang di Nusantara..Siapakah pahlawan itu...Apakah hubungan Habibi dengan Raja Kayangan Bumi yang digelar Sunan si penduka Tanah Rencong?

Dapatkah Habibi bersama rakan seperjuangannya yang memihak kepada cahaya keimanan menamatkan stategi The BlackNi93 dalam usaha memahat tiang kerajaan sihir mereka?

Yang pastinya.
Allah Maha Benar.
Maka kejahatan takkan kekal selamanya di dunia..


Tagline..
 Dengan NamaMu Maha Suci
Hatiku selalu terpahat  AsmaMu

Semoga karya ini akan diciota sebaiknya meskipun tak sebaik novel Ramlee Awang Murshid..dan aku mengagumi karya beliau yang bijaksana dek idea yang diilhamkan Allah Maha Kuasa dan MahakaryaCinta.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Lihat Ekor Kucing & Lihat Sifat Disebalik Ekornya


Hhhmm....benda ni hanyalah pendapat sahaja mengenai pergerakan kucing
tak semestinya beteul...


this is it.. beberapa posisi pergerakan ekor kucing dan maksudnya yang kita boleh kenal.

Ekor yang melengkung ke bawah dan kemudiannya melengkung di hujung ekor seperti huruf 'S' terbalik
Maksudnya: Berada dalam keadaan rileks dan selesa


Ekor yang melengkung lembut ke bawah tetapi sedikit terangkat
Maksudnya : Mula menunjukkan minat terhadap sesuatu


Ekor melengkung ringan hala ke atas dan hujung nya bengkok sedikit ke hadapan ataupun ke belakang
Maksudnya : amat berminat dan menjadi peramah (friendly)


Ekor lurus ke atas tetapi dihujung ekor ada sedikit pergerakan menggigil
Maksudnya : menunjukkan kemesraan dan kasih sayang


Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik (twitching)
Maksudnya : sedikit menjengkelkan / bengang (slightly irritated)


Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik dengan laju
Maksudnya : lazimnya kucing sedang rasa amat jengkel/bengang tetapi ada juga
kucing yang menunjukkan reaksi ini bermaksud amat gembira


Kesemua bahagian ekor baik di pangkal mahupun di hujung bergerak ke kiri dan kanan dengan laju
Maksudnya : Marah


Ekor lurus ke atas dan berbulu kembang
Maksudnya : Agresif

Ekor bengkok ke atas dan mengembang
Maksudnya : bersedia untuk menyerang jika di hasut atau usik (provoked)

Ekor diturunkan ke bawah dan bulu agak menguncup
Maksudnya : takut


Ekor ke atas dan agak kembang (big tail)
Maksudnya : mungkin ingin bermain dan berlari /mengejar

Ekor dan belakang badan turun ke bawah hingga ekor kadang kala berada
di celah dua belah kaki belakang
Maksudnya : tewas atau sedang sakit

Ekor bengkok ke bawah diikuti dengan badan yang merendah
Maksudnya : bersedia untuk mengawan..huhu

Kalau ekor pendek, macam mana ye nak kenal emosi mereka?.. Selalunya kucing sebegini banyak mulut :) Hanya pemiliknya saja yg tau maksudnya..

KERNA JODOH ITU RAHSIA ILAHI

Mungkin umur kita dah sebegini..
ataupun kerana sudah berubah fasa…
ataupun masanya sudah pun tiba…
tidak kira di mana sahaja kita berada….
apabila mereka tidak melihat cincin di tangan..
atau bersama sesiapa bergandingan tangan..

pasti soalan itu yang ditanya kepada kita…
jiwa makin resah gelisah..
bilalah pula masa kita….
Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”

MAGIS : NOVEL RAMLEE AWANG MURSHID YANG DITUNGGU2

JOM YUK PUASA ENAM SYAWAL..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3TypTWHa3QbJ0xlqH25-dCr9IJkp_3y6DjavZOxqXhAiPuCJiApf0jeaYgN9d7N6UA81qzl4Iv9fKZ3RcD32naGDr4C3r9TPVEGimzJSI1kZgM_ol6bnw86viCHSiEY-2vVwHtNv7Kz0/s320/304616_10151198578929274_152945402_n.jpg 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiELB3avVnLevQKdQ9IZ1vDg5lUU2fm2blNVlznk2RzcvHY1xvVoy23E-E6H-pGBRkvFT4R2PWB8cVDzPoCIFBxjJKGan4jgv7YTZOLkhwzM_LRN9uPQAX2kJLcX75_c6ASiwpC3-5gFKp1/s640/tumblr_m96u8mSM7u1raqr3po1_1280.jpg

Isnin, 5 Ogos 2013

SELAMAT LEBARAN..1 SYAWAL 1434H ( 8 OGOS 2013M )



Sudah tiba hari kemenangan

Setelah berpuasa di bulan ramadhan

Mari kita saling bermaafan

Di hari yang indah fitri nan bahagia

Sebulan lamanya
Kita mengekang nafsu
Dan cubaan di bulan ramadhan


selamat lebaran, selamat lebaran

raihlah kemenangan

selamat hari lebaran 
mari kita saling memaafkan





Jumaat, 2 Ogos 2013

6 PERKARA ALLAH SWT SEMBUNIYKAN

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Kesimpulan yang dapat saya berikan,adalah berlumbalah dalam membuat sebanyak berapapun pahala di bulan Ramadhan yang terakhir ini.Semoga bertemu dengan Lailatulqadr,hadiah istimewa dari Ilahi khususnya dalam Ramadhan.

Khamis, 1 Ogos 2013

DHUHA : HIASILAH PAGI HARI DENGANNYA



KU BERDOA DALAM DHUHA
DUA TANGAN MENADAH KHUSYUK BERDOA
LIMPAHAN RAHMAT DAN REZKI
REZKI HALAL DAN BAIK YANG KAU REDHAI

BILA MASIH DILANGIT
ENGKAU TURUNKANLAH
BILA DI DALAM BUMI 
ENGKAU KELUARKANLAH
BILA MASIH JAUH ENGKAU DEKATKAN
BILA MASIH KOTOR ENGKAU MUDAHKAN
BILA MASIH HARAM ENGKAU SUCIKANLAH
BILA MASIH SULIT ENGKAU MUDAHKANLAH

KUTERTUNDUK DAN BERSILA
DUA MATA TERPEJAM KHUSYUK BERDOA
SEJADAH PANJANG BASAH TERBENTANG
AIR MATA MENITIS MOHON DIKABULKAN

YA ILAHI
DENGAN KEAGUNGANMU
SUCIKANLAH HATIKU
BERSIHKAN JIWAKU DAN HARTAKU
DENGAN KEAGUNGAN DHUHAMU
BERKATILAH REZKIKU
SUCIKANLAH REZKIKU
DALAM DHUHAMU