Selasa, 11 Jun 2013

AMALAN KITA ADALAH IBADAH KITA..RENUNGILAH

Assalamualaikum..

Salam 2 Syaaban yang dirahmati Allah SWT.Moga-moga kita mendapat berkah dan rahmah di dalam hidup yang sementara.Selagi hayat masih ada,perbaikilah amalan kita yang telah tertunda,jangan biarkan kita mengulangi dosa yang sama.Semoga Allah SWT bisa menerima amalan kebajikan kita.Insyallah.

Untuk pagi ini,ingin saya titipkan sebuah bait-bait yang bisa dapat mengingatkan kita bahawa kita tidaklah selamaya hidup di dunia.Pasti mati akan terjadi dan kita akan kembali ke hadratNya.Sebelum itu,bisakah kita  berbuat banyak amalan yang baik?Atau masih belum mahupun tidak terbuat??Atau masih berbuat dosa??Ingatlah bahawa,hanya amalan yang kita lakukan akan menyertai kita di alam barzakh,bukanlah harta mahupun kekuasaan yang sementara.Sesungguhnya amalan baik yang kita perbuat di dunia secara ikhlas keranaNya,dapat menyelamatkan kita dari diazab di alam istirehat ( barzakh ) sebelum kita menuju ke alam abadi.

Pernahkah kau memikirkannya
Kehidupan sesudah matimu
Pernahkah kau memikirkannya
Amalmu adalah ibadahmu 


Pernahkah kau merenungkannya 
Betapa besar nikmat hidupmu 
Pernahkah kau merenungkannya
Semuanya pemberian Allah


Hidup di dunia hanya sementara

Takkan ada yang kan kau bawa
Bila mati amallah bekalmu


Tiada ulasan: