Disinilah letak perbezaan antara kapel
dengan taaruf. Kapel adalah jalan-jalan asyik berdua, bermesraan dan bercumbu.
kerana umumnya masing-masing pihak ingin tampil hebat di depan pasangannya.
Bedak, gincu, perfume, pakaian cantik, kereta dan segala aksesori lain
adalah sesuatu yang harus ditonjolkan.
Semua sangat jauh dari kehidupan sebenar
nanti dalam keluarga. Padahal setelah menikah semua itu akan ditinggalkan
dan masing-masing baru akan tampil dengan wajah dan kelakuan sebenarnya.
Padahal dahulu perkara – perkara seperti itu tidak pernah dibicarakan dalam
masa kapel, kerana semua waktunya habis untuk jatuh cinta. Islam sebenarnya
sejak awal sudah memperkenalkan istilah ta’aruf sebagai saranan yang objektif
dalam melakukan pengenalan dan pendekatanberkahwin. Ta’aruf sangat berbeza
dengan pacaran.
Ta`aruf adalah sesuatu yang syar`ie dan
memang diperintahkan oleh Rasulullah SAW bagi pasangan yang ingin menikah.
Perbezaan hakiki antara pacaran dengan ta’aruf adalah dari segi tujuan dan
manfaat. Tujuan pacaran lebih kepada kenikmatan sesaat, zina dan maksiat.
Sedang ta’aruf jelas sekali tujuannya iaitu untuk mengetahui kriteria calon
pasangan
Menurut kajian di berbagai tempat
seperti di pada suatu masa dahulu menyebutkan bahawa sebagian besar pasangan
pacaran itu memang telah melakukan hubungan tidak senonoh mulai dari bercumbu,
berpelukan, berciuman sampai persetubuhan. Parahnya, semua itu umumnya
dilakukan oleh wanita Islam khususnya yang berbangsa Melayu.Malahan,ada di antara mereka yang berpendidikan tinggi dan juga yang berasal dari sekolah agama pun turut terjebak dengan masalah kapel yang tidak bermoral ini.
Jadi boleh dikatakan bahawakapel itu
tidak lain adalah zina atau mendekati wilayah zina yang memang haram dan
dilarang oleh semua agama.
Lalu bagaimana seorang lelaki dapat
mengenal calon pasangan hidupnya kalau bukan dengan cara pacaran ?
“Jangan sekali-kali salah seorang di
antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya.”
Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman
Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, yaitu yang tersebut dalam surah
al-Ahzab ayat 53, yang ertinya: “Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada
mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Kerana yang
demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu,”
Perasaan-perasaan yang timbul dari orang
lelaki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap
lelaki. Yakni cara seperti itu lebih ampuh untuk meniadakan perasaan-perasaan
bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga. Ini
bererti, bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya
dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya.
Selama ini kita menganggap bahawa kapel
itu adalah cara untuk melakukan pendekatan untuk mengenal lebih dekat. Namun
kenyataannya tujuan itu jarang yang tercapai. Kerana umumnya alih-alih
melakukan pendekatan, yang terjadi justru melakukan sekian banyak bentuk
kemaksiatan.
Jadi dengan pengertian sekarang ini
tentang pacaran, maka secara automatiknya kita tahu Islam sudah memperingatkan
lelaki dan wanita yang bukan mahram untuk tidak bersendirian berduaan kerana
yang ketiganya adalah syaitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan