Isnin, 30 September 2013

Ingatan tulus ikhlas sebelum tidur..

sebelum tidur atau melabuhkan diri dipembaringan kematian seketika..jangan dilupakan akan perkara berikut :-

1- wudhuk dengan sempurna
2-baca 4 qul
3-selawat nabi saw
4-ucaplah astaghfirullah
5-bertasbihlah
6-baca 4 ayat akhir dari surah al-kahfi-insyallah mudah bangun pada waktu yg diingini
7-witir jugak
8-maafkan semua org yuk..
9-jangan lupa doa pada mak ayah dan ingat wajah mereka
10-kalau ada kucing..bawak sekali tido..hahhaha

baru pagi esok ceria selalu.....

Ahad, 29 September 2013

REnungan bersama...


Perbezaan Keluar Dating :

*Keluar Dating Ngan Pakwe...

1. Mesti Gaduh Tak Pun Nangis..Tak Pun Orang Kutuk
(Tah Hape-Hape ')
2. Nak Carik Tempat Mesti Yg 'Class Punya You All'
3. Tergedik-Gedik Nak Kene Peluk Lah...Itulah..Inilah...(Subhanallah)
4. Nak Beli Hadiah Kene Cincin Atau Bear
5. Rasa Macam Tak Cukup Masa..Kalau Boleh Nak Date Sampai tengah Malam
6. Susah Sangat Nak Cipta Kenangan Manis..Kenangan Menangis Boleh
7. Terpaksa Bermekap Untuk Tampil Bergaya N Cun Melecun
8. Terpaksa Cipta Ayat Semanis Madu Nak Pikat Pasangan
9. Walaupun Dah Tunjukkan Kasih sayang Kita Kat Pasangan Dia Tetap kata Kita Curang...Then Cemburu

*Tapi Kalau Dating Ngan Allah

- Lepas Habis Dating Jer Rasa Tenang Sangat ~ .
- Tempat Dia Cukup Ringkas Hanya Masjid,Surau Atau Atas Sejadah
- Hadiah Dia Cukup Hebat Iaitu Pencerah Muka Daripada Wuduk
- Tak Bazir Masa Cukup 10 Minit Selesai Dating
- Banyak 'sweet Moment' Antara Sentiasa Berjaya Dalam Hidup
- Tak Payah Mekap..Lepas Solat Tengok Cermin Boleh Cakap Dalam Hati..
" Cun Pulak Muka Aku Lepas Solat "
- Cukup Sekadar Menghafal Ayat Yang Sama..Allah Akan Setia Dengar
- Allah Cukup Yakin Kita Cintakan Dia Tak Perlukan Bukti


Sabtu, 28 September 2013

DOA Khatam Al-Quran


Allahummarhamna Bil Qur'an
Waj'alhulanna Imaaman wa Nuuran wa huda wa rohmah
Allahumma Dzikkirna Minhu maa Nasiiha
Wa'allimna Minhu maa Jahiilna
Warzuqna Tilaawatahu
Aana Al Laili wa Aana An Nahaari
Waj'alhulanna Hujjatan
Yaa Rabbal 'Alamin

Ya Allah kasih sayangilah daku
Dengan sebab Al-qur'an ini
Dan jadikanlah Al-Qur'an ini
Sebagai pemimpin
Sebagai cahaya
Sebagai petunjuk
Dan sebagai rahmat bagiku

Ya Allah ingatkanlah daku
Apa-apa yang aku lupa dalam AlQur'an
Yang telah kau jelaskan
Dan ajarilah apa-apa yang aku belum mengetahui
Dan karuniailah daku
Selalu sempat membaca AlQur'an
Pada malam dan siang hari
Dan jadikanlah Al-Qur'an ini
Sebagai hujjah bagiku

Ya Allah Tuhan Semesta alam 

DALAM MIHRAB CINTA ..28/9/2013 JAM 3.30 PM..KENANGAN LALUKU


Demi cinta kupergi

Tinggalkanmu Relakanmu
Demi cinta tak pernah kusesali
Saat ini
Ku berpasrah 
Ku berserah padaNya

Suatu saat kukan kembali
Tapi bukan untukmu lagi
Sungguh sebelum aku mati
Agar menjadi terbaik untuk Allah semata
Dalam mihrab cinta kuberdoa
Semoga menjadi soleh buat yang solehah
Suatu hari kau akan mengerti
Siapa yang sungguh mencintai
Dalam mihrab cinta kuberdoa padaNya

Kerana kuikhlaskan
Pemergianmu kepadanya
Kerna ia tak pernah kesesali saat ni...

Kesedihan hati


Sesungguhnya berat ujian Allah terhadapku
Apabila hatiku ditimpa petaka yang menyedihkan
Terima kasih kerana mengajarkan aku erti kesabaran Ya Allah
Terhadap seseorang yang kuinginkan dia menjadi yang halal dalam hidupku
Terima kasih Allah
Memberikan aku erti hidup
Terkadang aku rasakan dunia ini penjara
Tapi aku redha
Bersyukur kerana aku masih bernafas keranaMu
Semoga dia jadilah solehah
Jangan biarkan pasangannya berdosa kerana dia
Biarkan dia jauh dari hidupku
Damaikanlah aku tanpa dia
Kerana dia bukanlah yang terbaik untukku

Jumaat, 27 September 2013

SUNNAH HARI JUMAAT..RENUNGAN

Karya Habibi

BISMILLAH..Dengan Nama-Mu


Mulakan  harimu dengan Bismillah
Setiap ingin berbuat amalan harian
Mulakanlah dengan NamaNya Yang Maha Suci
Moga ibadah yang dilakukan diberkahi

Bismillah..Dengan NamaMu Ya Allah
Pastikan Engkau selalu diingati
Bila mengingatiMu hati-hati kan tenang
Jiwa terasa damai umpama lautan tanpa gelombang

Jadikan hati ini selalu ada NamaMu
Jangan biarkan jiwa ini hilang tanpa cintaMu
Sesungguhnya dengan mengingatiMu
Tiada lagi keraguan untuk nafas ini menghela
Biarkanlah Bismillah ini terpahat dalam sanubari..

Bismillahirrahmanirrahim
Moga dikekalkan dalam hari-hariku

Khamis, 26 September 2013

MAGIS : KARYA MISTERI YANG UNIK

Dengan Nama Allah Yang Maha Indah Lagi Maha Mengindahkan yang kelam

Syukur kepada Ilahi Rabbi kerana pada 26/9/2013 saya telah berjaya memberi sebuah novel yang ditunggu-tunggu kehadirannya di pasaran buku Malaysia..


Novel MAGIS

Nukilan Hj Ramlee Awang Murshid..penukil novel berunsur fiksyen yang mengandungi unsur rohani.Semoga Allah memberkati hidup beliau dan keluarga beliau.Saya ingin mencontohi beliau dalam menggarap setiap karya yang dihasilkan dengan idealogi penuh ilmu especially Islam dan pengamalannya.Apa yang menariknya,karya yang menghidupkan watak Sunan a.k.a Saifudin Jalis,seorang hamba Allah sentiasa merendahkan diri kepadaNya dan taat sepenuh hati kepada Pencipta meski dianugerahkan gelaran agung iaitu 'SUNAN' dan kuasa tarung yang tiada tolok bandingnya.Semoga usaha yang dihasilkan Hj Ramlee mendapat tempat dahti para pembaca novel beliau dan yang ingin mencuba untuk membacanya..



Sunan..Semoga ada insan sepertimu di dunia yang nyata ini meski watakmu hanya ilusi..

Mikhail..Allah sentiasa membuka pintu taubat buatmu meskipun masa lalumu begitu kejam.Ingatkah dikau akan seorang hamba Allah yang masuk syurga walhal masa hidupnya penrnah mengorbankan 100 jiwa?Sesungguhnya Allah Maha Pengampun...

Risham..aku sanjung peribadimu meski zaman lalumu seorang samurai..Maka jadilah hamba Allah yang kuat dalam mentaatiNya..

Semoga diriku bisa menghasilkan karya seperti Hj Ramlee Awang Murshid..

Laksanakanlah Amal Makruf dan Mencegah Kemungkaran


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat pagi buat semua insan.Jalani hidup ini dengan indah..

Besresuaian dengan kerjaya saya,saya ingin berkongsi kepada anda semua dari tajuk di atas.

 Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Dari Abu Yazid Usamah bin Zaid bin Haritsah r.a yang berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : 'Seseorang didatangkan pada hari kiamat, lalu dilempar ke neraka. Maka keluarlah isi perutnya. Dengan isi perut yang keluar itu ia berputar-putar seperti himar yang mengitari porosnya. Para penghuni neraka berkumpul di dekatnya, seraya mengatakan, 'Wahai si Fulan! Apa yang terjadi padamu? Bukankah (dulu) kamu memerentah kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar?' Ia menjawab, 'Ya, memang dulu aku memerintahkannya kepada yang makruf , namun aku tidak melaksanakannya dan mencegah dari yang mungkar, namun aku melanggarnya'."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa para pendakwah yang menjalankan tugas-tugas dakwah iaitu mengajak manusia kepada yang makruf dan mencegah dari kemungkaran tetapi pada masa yang sama ia tidak melaksanakannya sendiri amal makruf tersebut dalam kehidupannya dan tidak meninggalkan kemungkaran, maka balasan yang dahsyat akan di terimanya di hari kiamat nanti iaitu ia akan dimasukkan ke dalam neraka. Istiah melayu mengatakan 'cakap tak serupa bikin'

Oleh itu wahai sahabatku! Baca dan kembalilah kepada Al-Quran dan Sunah Nabi-Nya. Laksanakan semua hukum muamalat dalam kehidupan yang bersumberkan pada ajaran-ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Ingatkanlah setiap orang yang menyalahi syariat dan berhukum kepada selain Allah SWT.

Berjihadlah melawan orang-orang yang memerangi Al-Quran dan As-Sunah, dengan jihad yang besar hingga berhasil mengubah bentuk kemungkaran ini, kerana mereka telah keluar dari syariat Allah. Jika tidak mempunyai senjata, berjihadlah dengan lisan kalian. Sebarkan dan dakwahkanlah dan jelaskanlah kebenaran. Jika tidak mampu, ingkarilah dengan hati! Dan tidak ada sedikit pun iman jika tidak ada kebencian dengan hati kerana ini adalah selemah-lemah iman.

Sahabat yang dimuliakan,
Barangsiapa berjihad melawan mereka dengan lisannya, ia adalah mukmin. Barangsiapa berjihad dengan tangannya ia adalah mukmin dan barangsiapa berjihad dengan hatinya, ia adalah Mukmin. Dan Maha Besar Allah ketika berfirman dalam surahAl-Baqarah ayat 44 yang bermaksud : "Apakah kalian memerintahkan manusia kepada kebaikan, sementara kalian melupakan diri kalian sendiri, padahal kalian membaca kitab? Apakah kalian tidak berfikir?"


Oleh itu marilah kita sama-sama menjalankan tugas dan amanah iaitu belajar dan memahami ilmu-ilmu fardu ain dan mempraktikkannya dan bekerja dengan ikhlas amal makruf dan nahi mungkar. Tugas-tugas yang mulia ini adalah tugas para aulia dan ambia dan perlu diteruskan sehingga tertegaknya Daulah Islamiyyah.

Isnin, 23 September 2013

Sebab - Sebab Kenapa Malaikat Rahmat Tidak Masuk Ke Rumah





Untuk renungan dan dikongsi bersama sahabat sekalian mahupun para penziarah blog ini.Bacalah dan hayatilah untuk pedoman diri.Semoga apa yang baik ambillah untuk dijadikan panduan..

Umum mengetahui bahawa Malaikat Rahmat adalah para malaikat yang ditugaskan untuk mendoakan keampunan dan menjemput roh orang beriman ketika ajalnya tiba. Para malaikat itu ketika menjemput roh orang beriman, memiliki wajah yang putih bercahaya seperti matahari dengan membawa kain sutra (kain kafan) berwarna putih dari surga yang beraroma harum.

Kadang - kadang kita sebagai umat Islam terlepas pandang bahawa setiap perbuatan yang dilakukan di rumah mampu menyebabkan Malaikat Rahmat tidak datang berkunjung.

Antara Sebab Malaikat Rahmat Tidak Masuk Ke Rumah:

1. Rumah orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.

2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3. Rumah yang memelihara anjing.

4. Rumah yang banyak menimpan gambar yang mencerca para sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah.

6. Rumah yang sering meninggikan suara.

7. Rumah yang didiami mereka yang sering syirik kepada Allah seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok dan penagih dadah.

10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13. Rumah pemakan riba/interest.

14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15. Rumah yang memiliki patung-patung.

16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17. Rumah yang didiami peminum arak.

18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19. Rumah yang didiami mereka yang dilaknat Allah, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang/rantai di kaki.

20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi janabah/junub.

21. Rumah yang melakukan pembaziran (berhias berlebihan).

22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

PEDOMAN QOLBU


Khamis, 19 September 2013

KUCING2 KESAYANGANKU DAN KELUARGAKU


Argh..nak tito pulak..


Ha..tengok apa tu dik?Ada makanan turun dari langit ke?


Ah..terjatuh kat sana pulak..


Jangan pegang saya..


Alah,tayang-tayang.Meh adik bersihkan bulu kanda ni..Kata Potpot kepada Juli.


Yum,sedapnye air suam ni..


Mak..nak keluar..


Ngantuknya..

Telatah miau menghiburkan hati..


Berbuat baiklah hatta dengan binatang,kerana mereka pun ingin hidup selesa.Usah diusir dan dianiayakan mereka.

Sayang miau Pot-pot,Juli...Merah.Putih..Solmek..Terima kasih kerna kehadiran kalian menghibur hati menghilangkan duka.Sayang miau semua.Jangan nakal-nakal.

ALLAH PERANCANG TERBAIK BUAT HAMBA2NYA


10 SURAH YANG MUJARAB DARI RASULULLAH SAW




SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) 

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. 

Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. 

Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” 

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. 

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS 
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan...

Rabu, 18 September 2013

Karyaku : HANYA DIA(ALLAH SWT)


 DENGARLAH WAHAI MANUSIA
HIDUP KITA HANYALAH SEMENTARA
KELAK AKAN TIBA SAAT KITA PASTI BINASA
KELAK KITA SEMUA AKAN KEMBALI KE HADRAT-NYA

DERASNYA HUJAN ITU
TANDA KEKUASAAN-NYA
BILA TIBA SAAT NANTI
MULUT KITA TERKUNCI
KATA AMPUNAN SUDAH TIADA ERTINYA

SEBELUM TIBA MASA ITU
TUTURKANLAH KATA CINTA UNTUK-NYA
TIADA KATA YANG TERINDAH HANYALAH BISMILLAH

DERAINYA AIR MATA DI ATAS HAMPARAN SUJUD
MOHON AGAR IKHLASKAN HATI KITA PADA-NYA
DENGAN MEMBACA LAFAZ TERAGUNG
HANYA UNTUK-NYA
HANYA CINTA-NYA

HANYA DIA TEMPAT KITA KEMBALI SELAMANYA

SYARIATULLAH ( SYARIAT ALLAH )


ANDAI SYARIAT TELAH DIBERITAKAN
IKUTILAH TANPA BANYAK PERSOALAN
KERANA SYARIAT  ITU DARI ALLAH
UNTUK APA PERTIKAIAN DIPERBAHASKAN LAGI
HAK ALLAH PERLU KITA JAGA
SELALU KITA DAHULUKAN DAN  DIUTAMAKAN
SYARIAT ITU MESTILAH DITAATI
KERNA KELAK BALASAN SYUGA MENANTI
NAMUN KITA RAMAI YANG MEMPERTIKAIKAN
RAMAI JUGA YANG INGIN MEMPERSOALKAN
MUNGKIN JUGA MEREKA INI BUTA HATI
KERNA MAKSIAT DAN DOSA INGIN TETAP DIHATI
SEDARLAH DUHAI INSANI
HIDUP INI BUKANLAH  ABADI
BIARPUN ADA YANG UNGKAPKAN HIDUP HANYA SEKALIPUN
INGATLAH,BUKAN SEKALI TETAPI AKAN BANGKIT LAGI
BERSEDIAKAH KITA UNTUK MENGHADAP-NYA
MOGA KITA SELALU MENDAHULUI SYARIAT-NYA

Note : Karya dari Habibi

Selasa, 17 September 2013

MUHASABAH DIRI : FESYEN WANITA ISLAM SEKARANG

Assalamualaikum wbt..

Info kali ini berkait dengan Muslimah masakini.Lihatlah bagaimana cara wanita Islam masakini berpakaian yang sememangnya tidak menurut syariat Islam.Walhal Islam telah bertapak di Asia kira-kira 1400 tahun dahulu dan telah sampai serunya pada ketika itu.Jadi,sukarkah mengikut apa yang Allah perintahkan?Atau sengaja mencampakkan diri ke lembah kebinasaan?Di bawah ini adalah contoh-contoh fesyen wanita zaman sekarang dan semoga anda yang bernama wanita wajar menghindarkan diri dari berfesyen sedemikian.

1. Berbaju kurung tetapi ditempah mengikut bentuk badan menyebabkan terzahir bentuk buah dada, pinggang dan bentuk punggung mereka apabila berjalan.

2. Berjubah tetapi fabrik kain yang lembut dan ditempah membentuk badan menyebabkan ternampak garis pakaian dalam mereka dari luar jubah.

3. Bertudung tetapi dipakai bersama T-shirt lengan pendek mendedah lengan dan sangat sendat (fit).

4. Bertudung tetapi dipakai bersama slack sendat dan jeans ketat yang diburukkan lagi oleh baju yang singkat tidak cukup menutup punggung mereka.

5. Bertudung tetapi dipakai bersama LEGGINGS yang terang dan nyata kelihatan seperti kaki yang telanjang.

Di dalam Islam, bolehkah anda mencampur-adukkan dua konsep fesyen yang nyata bercanggah dengan niat menjadikannya fesyen yang halal ? Yang dimaksudkan di sini adalah trend wanita Islam Malaysia terkini yang tidak malu memadankan pakaian Muslimah (tudung dan busana) bersama pakaian Maksiat seperti slack sendat, jeans sendat dan leggings ketat.

Sudah terang dan nyata bahawa apa-apa pakaian yang menampakkan alur bentuk tubuh dijatuhkan sebagai dosa besar oleh Islam, malangnya ramai wanita Islam tetap memakainya dan tidak kisah tentang dosa aurat

*Sama-sama Muhasabah diri disaat nyawa masih lagi dijasad kalian yang bernama Wanita Muslimah 


Hayati dan renungkanlah pada ayat Ilahi ini agar berubah menjadi wanita Muslimah yang solehah....

Firman Allah SWT yang bermaksud ;


Jumaat, 13 September 2013

KUCING TERSENYUM KETIKA TIDUR


Assalamualaikum..

Buat kengkawan yang sedang menjenguk blog saya ni,mari sama-sama tengok gambar miau tertenyum ketika tidur..Mungkin sesiapa yang melihatnya pasti tertenyum jugak,bagi yang tengah tension,pasti hilang tension.Especially yang suka kucing,pasti terhibur bila melihat gelagat miau comel yang tersenyum..