Isnin, 23 September 2013

Sebab - Sebab Kenapa Malaikat Rahmat Tidak Masuk Ke Rumah





Untuk renungan dan dikongsi bersama sahabat sekalian mahupun para penziarah blog ini.Bacalah dan hayatilah untuk pedoman diri.Semoga apa yang baik ambillah untuk dijadikan panduan..

Umum mengetahui bahawa Malaikat Rahmat adalah para malaikat yang ditugaskan untuk mendoakan keampunan dan menjemput roh orang beriman ketika ajalnya tiba. Para malaikat itu ketika menjemput roh orang beriman, memiliki wajah yang putih bercahaya seperti matahari dengan membawa kain sutra (kain kafan) berwarna putih dari surga yang beraroma harum.

Kadang - kadang kita sebagai umat Islam terlepas pandang bahawa setiap perbuatan yang dilakukan di rumah mampu menyebabkan Malaikat Rahmat tidak datang berkunjung.

Antara Sebab Malaikat Rahmat Tidak Masuk Ke Rumah:

1. Rumah orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.

2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3. Rumah yang memelihara anjing.

4. Rumah yang banyak menimpan gambar yang mencerca para sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah.

6. Rumah yang sering meninggikan suara.

7. Rumah yang didiami mereka yang sering syirik kepada Allah seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok dan penagih dadah.

10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13. Rumah pemakan riba/interest.

14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15. Rumah yang memiliki patung-patung.

16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17. Rumah yang didiami peminum arak.

18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19. Rumah yang didiami mereka yang dilaknat Allah, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang/rantai di kaki.

20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi janabah/junub.

21. Rumah yang melakukan pembaziran (berhias berlebihan).

22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Tiada ulasan: