Khamis, 26 September 2013

MAGIS : KARYA MISTERI YANG UNIK

Dengan Nama Allah Yang Maha Indah Lagi Maha Mengindahkan yang kelam

Syukur kepada Ilahi Rabbi kerana pada 26/9/2013 saya telah berjaya memberi sebuah novel yang ditunggu-tunggu kehadirannya di pasaran buku Malaysia..


Novel MAGIS

Nukilan Hj Ramlee Awang Murshid..penukil novel berunsur fiksyen yang mengandungi unsur rohani.Semoga Allah memberkati hidup beliau dan keluarga beliau.Saya ingin mencontohi beliau dalam menggarap setiap karya yang dihasilkan dengan idealogi penuh ilmu especially Islam dan pengamalannya.Apa yang menariknya,karya yang menghidupkan watak Sunan a.k.a Saifudin Jalis,seorang hamba Allah sentiasa merendahkan diri kepadaNya dan taat sepenuh hati kepada Pencipta meski dianugerahkan gelaran agung iaitu 'SUNAN' dan kuasa tarung yang tiada tolok bandingnya.Semoga usaha yang dihasilkan Hj Ramlee mendapat tempat dahti para pembaca novel beliau dan yang ingin mencuba untuk membacanya..



Sunan..Semoga ada insan sepertimu di dunia yang nyata ini meski watakmu hanya ilusi..

Mikhail..Allah sentiasa membuka pintu taubat buatmu meskipun masa lalumu begitu kejam.Ingatkah dikau akan seorang hamba Allah yang masuk syurga walhal masa hidupnya penrnah mengorbankan 100 jiwa?Sesungguhnya Allah Maha Pengampun...

Risham..aku sanjung peribadimu meski zaman lalumu seorang samurai..Maka jadilah hamba Allah yang kuat dalam mentaatiNya..

Semoga diriku bisa menghasilkan karya seperti Hj Ramlee Awang Murshid..

Tiada ulasan: