Jumaat, 29 Mac 2013

KERANA MEREKA PERNAH BERSABAR DENGANMU


HAYATILAH...




Firman Allah SWT :

“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )

rujukan : http://fatinhambahina.blogspot.com

Alhamdulillah..Tanda syukur kepadaMu

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang diberkahi..

Semoga hari ini dapat dijalani dengan sebaiknya tanpa rasa sedih dan duka.

Semoga bahagia kan ada disebalik kepahitan yang menduga

Kerna pasti ada hikmah yang terbaik yang dikurniakan Allah SWT buat hamba-hambaNya yang selalu bersabar dan bersyukur..

Bersyukurlah bila dikurniakan sesuatu.
Bersabarlah bila diuji walau sebesar zarah.
Ucaplah alhamdulillah tanda pujian menyeluruh kepada Maha Esa Maha Segalanya..

Alhamdulillah


Selalu kusakiti engkau dengan dosaku
Ku balas sgala kebaikanMu dengan kekurangan
Tiada pernah ku menyadari semuanya
Bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa Mu

Alhamdulilah.. ku syukuri semua
Terima kasihku ya Allah
Atas indahnya hidup

Alhamdulilah.. ku syukuri semua
Terima kasihku ya Rabbi
Atas rahmat dalam hidupku

Selalu ku tinggalkan engkau dengan khilafku
Ku balas sgala kemurahanMu dengan keburukan
Tiada pernah ku menyadari semuanya
Bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa Mu


Khamis, 28 Mac 2013

RENUNGAN PAGI : APABILA DOSA JADI PERKARA BIASA

Apabila disebut dosa dan pahala, pasti kita semua maklum mengenainya. Sifirnya mudah, buat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa. Namun ada juga yang begitu skeptikal dengan dosa dan pahala, maklumlah perkara yang tidak nampak. Atau tidak terasa apa-apa dengan dosa dan pahala disebabkan dek terlindungnya urusan tersebut dari pandangan mata manusia. Perkara sam’iyyatlah katakan. Alasan mudah, dosa dan pahala bukan manusia yang tentukan!
Memang benar, dosa pahala yang natijahnya sama ada neraka atau syurga, bukan manusia penentunya. Manusia masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana rahmat Allah. Benar sekali. Walau bagaimanapun, dalam kehidupan pasti ada keseimbangannya. Malam ada siangnya, hidup ada matinya, syurga ada lawannya iaitu neraka. Begitulah juga ada perkara baik dan buruk yang menatijahkan pahala atau dosa.
Contoh yang mudah, api sebagaimana yang kita tahu, sifatnya adalah panas dan membakar. Namun ada pengecualiannya, seperti dalam kisah Nabi Ibrahim yang terselamat sewaktu dibakar oleh Raja Namrud. Sifat api yang panas dan membakar itu, tidak terjadi lantaran diarahkan oleh Allah s.w.t agar ia menjadi sejuk, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 69, yang bermaksud, “Perintah kami (Tuhan): Wahai api, sejuklah kamu dan selamatkan ke atas Ibrahim”. Apapun, fitrah api itu masih kekal panas dan membakar sehinggalah ke hari kiamat.
Begitulah juga dengan dosa dan pahala. Ia perkara yang jelas. Melakukan perkara yang haram dan dibenci Allah itu akan menatijahkan dosa. Melakukan perkara yang disukai Allah pula akan dihadiahi dengan pahala. Pahala membawa ke syurga, dosa membawa ke neraka. Namun ada pengecualiannya, sebab kita milik Allah dan walaupun berdosa, Allah memberikan peluang untuk hamba-Nya bertaubat selagi nyawa belum sampai di halkum.
Sesungguhnya kehidupan manusia di atas muka bumi ini tidak akan dapat lari daripada dua perkara tersebut. Segala tindak tanduk kita di dunia ini akan memanifestasikan sama ada pahala atau dosa, sesuai dengan tujuan manusia itu dihidupkan iaitu untuk beribadah kepada PenciptaNya. “Tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadat kepadaKu.” (Az-Zaariyat:56)
Namun demikian, kehidupan di akhir zaman ini menyaksikan nilai dosa dan pahala seolah-olah menjadi perkara yang dikesampingkan. Perkara dosa dilakukan secara berleluasa tanpa timbul perasaan takut di hati. Sebagai contoh, perbuatan mengumpat telah dimaklumi sebagai satu dosa, namun ia menjadi perkara lumrah. Begitu juga dengan fitnah, zina, rasuah dan bermacam-macam lagi.
Tidak terkecuali pergaulan bebas lelaki wanita. Setiap kali tiba tahun baru, anak-anak muda akan bebas keluar berpasang-pasangan (bukan mahram pastinya) meraikan sambutan malam tahun baru. Berpesta dari tengah malam hingga ke pagi. Berkumpul seawal sebelum maghrib dan pulang selepas matahari terbit. Solat entah ke mana. Malah menurut pekerja-pekerja yang membersihkan kawasan-kawasan lepak anak-anak muda ini, kondom-kondom yang telah digunakan bersepah-sepah ditemui mereka sewaktu melakukan kerja pembersihan. Botol-botol minuman keras tidak ketinggalan ditemui. Yang nyata, mereka yang terlibat adalah anak-anak muda Islam.
Mengapa perkara dosa begitu senang diterima? Adakah sebab ia menjadi perkara lazim yang berlaku dalam masyarakat dan seolah-olah diterima pakai, maka ia tidak lagi dianggap sebagai dosa? Atau kita sudah lagi tidak kenal yang mana dikatakan dosa dan pahala?
Nabi Muhamad s.a.w pernah bersabda sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Nawwas bin Sam’an, “Kebaikan adalah peribadi yang terpuji, dosa adalah apa yang bergelut dalam hati sedangkan saudara tidak mahu orang lain mengetahuinya.”
Manakala Wabisah bin Ma’bad pula menyatakan: Saya pernah datang bertemu dengan Rasulullah. Kemudian Baginda bertanya kepada saya, “Saudara datang ini, hendak bertanya tentang kebaikankah?” Saya menjawab, “Benar”. Lantas baginda berkata, “Tanyalah hati saudara. Sebenarnya kebaikan itu adalah perkara yang apabila saudara melakukannya, jiwa dan hati saudara akan berasa tenang. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan perkara yang saudara rasakan itu. Manakala kejahatan dan dosa itu pula adalah perkara yang apabila saudara lakukan, jiwa saudara tidak tenang dan saudara berasa teragak-agak dan risau di dalam hati. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan apa yang saudara rasakan itu.”
Amatlah malang, kalau kita tidak dapat lagi merasakan getaran kerisauan dalam hati sebagaimana yang dinyatakan oleh baginda s.a.w kerana ia adalah petanda bahawa jiwa kita sebenarnya sudah mati. Titik-titik hitam telah menguasai hati sehingga ia tidak lagi berfungsi dengan baik. Justeru bagaimanakah empunya diri mahu bertanya kepada hati yang menjadi penggerak sama ada ke arah kebaikan atau kejahatan, jika hati sudah tidak lagi boleh memberi penilaian kudusnya?
“Setiap anak Adam berbuat kesalahan dan sebaik-baik orang bersalah adalah orang yang bertaubat.” (Hadith riwayat Imam Tirmidzi)
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang banyak dosa, tapi banyak bertaubat.”(Hadith riwayat Imam Ahmad)


UNTUKMU WANITA : KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA DISISI ALLAH SWT

Assalamualaikum..

Buat wanita muslimah sedunia,jagalah serta peliharalah auratmu..kerana dirimu sungguh berharga disisi Allah SWT.Sesungguhnya kaummu mulia dipandanganNya.Hargailah dirimu seadanya di dunia.













KeagunganMu..Ya Ilahi Tuhanku



Dia yang Maha Sempurna menciptakan alam raya

Di tangan-Nya lah kuasa atas segala makhluk-Nya
Sayap-sayap malaikatMu terkembang atas titah-Mu
Memuji dan memuja selalu hanya untuk-Mu

Cinta dan kasih sayang-Nya meliputi segalanya

Gelap terang karunia bumi bertabur rahmat-Nya
Memandang indah cinta-Mu pesona keagungan-Mu
Hati bergetar gemuruh menyebut asma-Mu

Bumi langit bintang-bintang bersujud pada-Mu
Alam raya dan semesta memuja hanya pada-Mu

Di hadapan-Mu hanyalah debu
Kami persembahkan segala hanya untuk-Mu

Hanya pada-Mu, hanya untuk-Mu

Kami persembahkan segala hanya untuk-Mu

Bumi langit bintang-bintang bersujud pada-Mu

Alam raya dan semesta memuja hanya pada-Mu



Rindunya jiwa-jiwa akan cinta kasih sayang-Mu
Berharap akan karunia rahmat pertolongan-Mu
Di hadapan-Mu hanyalah debu
Kami persembahkan segala hanya untuk-Mu, hanya untuk-Mu





Isnin, 25 Mac 2013

SENARAI KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982 (PINDAAN 1987)

Assalamualaikum..Saya ingin berkongsi kepada anda semua khususnya bagi rakyat Pahang Darul Makmur untuk mengetahui mengenai UNDANG-UNDANG SYARIAH NEGERI PAHANG.So bagi yang ingin buat kesalahan yang disebutkan,harap fikir-fikirkanlah.Dan bagi sesiapa yang bernai buat,malahan mampu bayar denda,so jangan haraplah nak terlepas hukuman di mahkamah Agung kelak kerna setiap kesalahan yang dilakukan jika tak terhapus oleh taubat,pandai-pandailah anda menghadap di hadapan Yang Mulia Lagi Maha Penguasa sekalian alam semesta.Bacalah dan sampaikan juga kepada yang belum tahu.


Seksyen
Nama Kesalahan
Hukuman Maksima
135

Tidak Sembahyang Jumaat
RM500 @ 3 bulan penjara @ kedua sekali
136


Meminum/Menjual/Membeli Minuman Yang Memabukkan
RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali
& 6 kali sebat
137


Tidak Berpuasa Dalam Bulan Ramadhan ( Termasuk Menjual/ Membeli Untuk Dimakan sertamerta)
RM500 @ 3 bulan penjara @ kedua sekali
Kali ke 2 – RM 1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali
139
Tidak Menghiraukan Hari Kebesaran Islam

RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

144
Menghasut Suami/Isteri Orang
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

145
Bercumbuan Atau Berkhalwat
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali
Kali ke 2 - RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

146
Zina
RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali
& 6 kali sebat

147
Sumbang
(Lelaki)  RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali
              & 6 kali sebat
(Perempuan)  RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

149
Zina Dengan Orang Bukan Islam
RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali
& 6 kali sebat

150
Hubungan Jenis Antara Perempuan
RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

155
Tidak Memberi Kuasa Kepada Hakam
RM300

156
Tidak Melaporkan Keluar Islam Oleh Muallaf

RM500 @ 3 bulan penjara @ kedua sekali

157
Memungut Wang Tanpa Kebenaran Majlis.

RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

158
Tidak Menjalankan Tugas-Tugas Di Bawah Enakmen Ini
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali


159
Memecahkan Rahsia Mesyuarat Majlis
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

160
Mendirikan Masjid & Jumaat Tanpa Kebenaran Majlis
RM3,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali


161
Mengajar Ugama Dengan Tidak Bertauliah
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

162
Mengajar Ajaran  Salah
RM5,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali @ 3 kali sebat atau ketiga sekali

163
Mengeluar/Menyiar/Menyebarkan Fatwa
RM3,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali

164
Mencetak/Menerbit/Menjual/ Mempamir/menyebar/   Dokumen/Buku Ugama Yang Salah
RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

165
Menyimpan Buku-Buku, Majalah-Majalah & Lain-Lain Dokumen Yang Salah
RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali


166
Mendakyah Atau Mengajar Ugama Lain Kepada Orang Islam
RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali
& 6 kali sebat.

167
Menyalahgunakan Ayat-Ayat Quran & Hadis

RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

168
Mengejek Atau Menyenda Perbuatan Yang Berkaitan Dengan Ugama Islam
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali


169
Menghina  Pihak Berkuasa Ugama Negeri
RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

170
Mencerca Ugama
RM3,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali

171
Tidak Membayar Zakat & Fitrah
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

172
Enggan Memberi Tafsiran Pendapatan
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

173
Membayar Zakat Atau Fitrah Kepada Bukan Amil/ Bukan Amil Menerima Zakat Atau Fitrah
RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali



174
Amil Tidak Menyerahkan Kutipannya
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

175
 Menghasut/ Menghalang Jangan Membuat Ibadat Atau Membayar Zakat
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

176
Melacurkan Diri
RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali

177
Suami Memaksa, Menyokong Atau Membiarkan Isteri Melacurkan Diri
RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali
& 6 kali sebat

178
Isteri Melacurkan Dirinya
RM4,000 @ 2 tahun Penjara @ kedua sekali

179
Melarikan Anak Dara
RM2,000 @ 1 tahun penjara @ kedua sekali

180
Anak Dara Lari Dari Dalam Jagaan Ibubapa/Penjaga
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

181
Menjual Atau Memberi Anak Kepada Bukan Islam
RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali

182
Melarikan Isteri Orang
RM4,000 @ 2 tahun penjara @ kedua sekali

183
Mendedahkan Tubuh Di Khalayak Ramai
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

184
Menjatuhkan Maruah ( Memeluk/ Mencium Bukan Mahram Di Khalayak Ramai )
RM1,000 @ 6 bulan penjara @ kedua sekali

185
Mengaku Keluar Islam/ Bukan Islam
RM5,000 @ 3 tahun penjara @ kedua sekali
& 6 kali sebat

186
Bersubahat

Sama dengan hukuman bagi kesalahan tersebut

187
Kesalahan-Kesalahan Yang Tidak Dinyatakan Hukumannya

RM500 @ 3 bulan penjara @ kedua sekali
Jumlah : 43 jenis kesalahan


nota : Yang bertanda warna kuning tu adalah rahsia dari pihak berkuasa Agama sahaja..So,kalau nak tahu carilah
          saya yek..