Assalamualaikum sahabat sekalian.Moga hari ini dijalani dengan penuh ceria dan bahagia selalu.Jika bosan,carilah sesuatu yang menarik dan lakukanlah.Asalkan ia diberkati Allah,lakukanlah dengan tenang.Dipagi yang indah ini,ingin saya berkongsi kepada anda tentang tips untuk menguruskan badan.Semoga apa yang bermanfaat dijadikan panduan untuk menjalai hidup tanpa rasa sakit dan tekanan yang berlarutan.Jagalah badan anda..jagalah kesihatan..
Rahsia untuk menurunkan berat badan bukan
hanya bergantung terhadap apa yang anda makan, ia juga turut dipengaruhi oleh
apa yang anda minum. Minuman ringan, jus buah-buahan, dan minuman tenaga yang
dicampurkan dengan
kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan
anda. Ini adalah lima minuman terbaik yang dapat membantu anda menguruskan badan.
Air masak- Pasti ramai dikalangan anda sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik
untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman
utama anda. Sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, mungkin anda
boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan
mungkin juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut
tanpa menambah banyak kalori.
Jus sayur-sayuran- Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik mendapatkan serat dan nutrisi tubuh
yang anda perlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan. Jika
anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih
baik. Ianya juga dapat membuatkan anda berasa kenyang untuk lebih lama.
Teh yang tidak terlalu manis-
Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan.
Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu
membersihkan tubuh anda daripada racun.
Kopi- Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu anda untuk menahan daripada
rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam
kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang
berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi
anda perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan
adalah dalam jumlah yang sedikit untuk anda merasai kesannya.
Susu rendah lemak- Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia
juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot
dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah
susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan
mengecewakan anda.
SELAMAT MENCUBA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan