Ahad, 17 Mac 2013

PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA TANPA UBAT

Assalamualaikum..

Hari ni tak ada yang menarik untuk dibuat.Cuma balik ke kampung untuk bertemu keluarga dan balik semula ke rumah sewa.Jadi petang ni nak kongsi sikit ke banyak ke atau papepun kepada anda mengenai petua mengatasi sakit kepala tanpa mengambil ubat-ubat kimia di hospital mahupun diklinik.Al-maklumlah sejak dua menjak ni anda semua termasuklah saya asyik sakit kepala.Tak tahhulah apa yang ada dalam kepala ni.Mungkin stress bila menghadapi banyak kerja yang perlu diselesaikan atau mungkin juga stress apabila menghadapi persekitaran yang kadangkala semakin hari semakin kotor dek tangan2 manusia..Jadi,untuk mengatasinya,marilah kita lihat info selanjutnya

Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh

Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata

Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas

Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala

Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur

Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman
.

Selamat mencuba.Dan juga ubatnya adalah selalu mengingati Allah dan tinggalkan dosa walau apa cara sekalipun asalkan cara itu diredhai Allah SWT..


Tiada ulasan: