Khamis, 21 Februari 2013

ALLAH SEGALANYA BAGI KITA

Bagaimanakah jika kita sering melupakanNya
Kelak kita akan dilupakan olehNya
Bagaimanakah andai kita meninggalkannya
Kelak nanti Dia akan meninggalkan kita
Terkapai-kapai dalam menggapai arus ombak dunia
Yang penuh kepalsuan dan cinta dusta yang sentiasa bertakhta dijiwa

Bagaimanakah jika Dia langsung tidak memandang kita
Kelak kita jatuh berlumpuh atas bumi ciptaanNya
Berlutut seorang diri tanpa bimbingan
Serta mahabbah wa rahmahNya

Oleh itu cintailah Dia
Sayangilah dan sentiasalah merindukan Dia
Kerna Dia,hanya Dia dan demi Dia
Allah SWT Yang Maha di atas segala ciptaanNya

Dia tidak pernah melupakan kita
Dia tidak pernah jauh dari kita
Dia Maha Mendekat dan Maha Melihat akan hambaNya
Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihi atas kesusahan hambaNya

Sentiasalah kita berada di atas jalan benarNya
Sentiasalah kita berada di dalam hidayah  dan rahmahNya
Kerna Allah adalah segalanya bagi kita
Cinta pertama dan berharap Dialah yang terakhir dalam hidup kita
Segalanya Allah
Cukuplah Dia bagi kita hambaNya





Nukilanku yang tulus untukMu Allah

21/2/2013 Jam 4.10 pm




Tiada ulasan: