Isnin, 4 Februari 2013

REBUTLAH PELUANG : IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN BAGI PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) (JAWATAN: PEMBANTU GALERI (S27))


TEMPAT : DI PLANETARIUM NEGARA, AGENSI ANGKASA NEGARA, 53 JALAN PERDANA, KUALA LUMPUR



Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang
berkelayakan bagi mengisi kekosongan di  Planetarium Negara bagi jawatan seperti
berikut :-

1. BUTIRAN JAWATAN

a) Jawatan : Pembantu Galeri (S27)
 
b) Jabatan : Planetarium Negara, Agensi Angkasa Negara
    53 Jalan Perdana, Kuala Lumpur

c) Kump. Perkhidmatan : Sokongan

d) Klasifikasi : Pekerja Sambilan Harian (PSH)

e) Ketua Perkhidmatan : Agensi Angkasa Negara
Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi

f) Taraf Jawatan : Sementara (tempoh kontrak: 3 bulan)


2. SYARAT LANTIKAN

2.1 PEMBANTU GALERI (S27)

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia
ii. Umur 18 - 30 tahun
iii. Diploma dalam bidang Fizik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada  Institusi  -
Institusi Pengajian Tinggi Tempatan  atau Diploma dalam bidang Sains  yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada  Institusi – Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;
atau

iv. Diploma dalam bidang Komunikasi Massa yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
Institusi  - Institusi Pengajian Tinggi Tempatan  atau Diploma dalam  bidang
Pengurusan Perhotelan atau Pelancongan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
Institusi – Institusi Pengajian Tinggi Tempatan; atau


v. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Sains; dan
vi. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.

3. CARA MEMOHON

a) Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh didapati di
laman sesawang ANGKASA http://www.angkasa.gov.my/planetarium.

b) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan
terang dengan HURUF BESAR.

c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran
passport, salinan kad pengenalan, salinan  surat beranak, salinan sijil-sijil
keputusan peperiksaan dan salinan sijil tamat persekolahan yang DISAHKAN.

d) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di bawah:


Pengarah
Planetarium Negara
53 Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
(u/p: Puan Nur Fazilah bt Mohamad Hanafiah)

e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 18hb Februari 2013 (Isnin).

f) Permohonan yang tidak lengkap dan teratur akan DITOLAK.

g) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.

h) Pemohon – pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas  3 bulan
dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.


Sumber : http://www.angkasa.gov.my/planetarium.



Tiada ulasan: