Khamis, 21 Februari 2013

Jawatan kosong : Pembantu Tadbir KTMB


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut.
PEMBANTU TADBIR
Kelayakan
Calon luar
  • Calon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh iklan ditutup;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) serta lulus dalam Matematik serta Bahasa Inggeris
  • Bermotivasi  serta boleh bekerja bersendirian
  • Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi
Calon dalaman
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dalam gred 11 ATAU
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun dalam gred 12
  • Sedia bertukar dan berkhidmat di mana-mana lokasi
  • Diperakui oleh Ketua Jabatan
Spesifikasi Tugas
  • Menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti urusan kakitangan stesen, pejabat, yad dan depot
  • Membantu tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan yang ditetapkan menurut prosidur pejabat seperti manaip/memproses data, pengendalian mesin/peralatan pejabat (komputer, mesin photostat, faks dan telefon), pemfailan dokumen dan khidmat pelanggan
  • Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarah oleh pegawai penjaga dari masa ke semasa.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi berserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport  dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar  tidak lewat daripada  5 Mac 2013 ke alamat seperti berikut:-
Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Tiada ulasan: