Khamis, 21 Februari 2013

Three Kingdom : Filem Favourite di Hatiku

Assalamualaikum...

Catatan saya pada hari ini nak mengkabarkan tentang filem yang terbaik yang saya tak bosan bila tonton.Filem sejarah yang memaparkan mengenai pemerintahan dinasti2 dan strategi perang yang amat strartegik.Ditambah lagi dengan aktor yang terkenal  seperti Andy Lau,membuatkan rasa bersemangat nak tonton biarpun berulang kali.Sebenarnya,bila menonton filem tu bukan sekadar suka-suka,tapi ada pengajaran disebaliknya.Jadi,apa yang baik,jadikan rujukan dan sebaliknya.



Selami perjuangan,pengorbanan,persahabatan dan apa saja yang berkenaan terkandung di dalam 

三国之见龙卸甲

Mungkinkah strategi yang diaturkan oleh mereka sebenarnya mengikut strategi Rasulullah SAW sebagai pemimpin perang yang hebat??Fikirkanlah..

Watak-watak panglima dalam sejarah Diansti Cina






Bagi sahabat yang berminat nak tengok filem ni tapi tak tahu apa yang terkandung di sebalik cerita tersebut.inilah sinopsis bagi memahami anda semua

Mengisahkan  Zhao Zilong (Andy Lau), jenderal utama kerajaan Shu, salah satu kerajaan dari tiga negara pecahan dari kerajaan Dinasti Han itu. Dua negara pecahan lain adalah kerajaan Wei dan Wu. Zhao Zilong memulai karier militernya dengan masuk ke ketentaraan Shu yang dipimpin panglima perang Liu Bei (Elliot Ngok).

Zhao Zilong yang kemudian lebih dikenal dengan nama Zhao Yun ini bersahabat dengan tentara lain bernama Luo Ping'an (Sammo Hung) yang juga berasal dari kampung yang sama dengannya. Bersama temannya itu, Zhao berperang melawan pasukan negara Wei yang dipimpin Cao Cao (Damian Lau).

Zhao Zilong menjadi terkenal setelah berhasil menyelamatkan putera Liu Bei yang masih kecil dan melawan ratusan pasukan Cao Cao yang mengepungnya. Tidak hanya itu, Zhao Zilong nyaris membunuh Cao Cao namun dia membatalkan niatnya untuk itu. Cao Ying (Maggie Q), cucu Cao Cao yang menyaksikan datuknya  yang dimalukan sebegitu rupa  bersumpah membalas dendam kepada Zilong demi mengembalikan harga diri Cao Cao. 

Kehebatan Zhao Zilong itu diakui Liu Bei yang lalu mengangkatnya sebagai jeneral.Bersama penasihat dan ahli strategi genius Zhuge Liang, Zhao Zilong terus berperang melawan pasukan Cao Cao dan tidak pernah kalah. Tidak hairanlah jika dia digelar sebagai Jeneral Berani Mati. Zhao Zilong terus berjuang untuk mendokong  Liu Bei yang kemudian mengiyhtiharkan diri sebagai maharaja Shu setelah putera Cao Cao, yaitu Cao Pi merebut tahta maharaja terakhir Dinasti Han dan mengisytiharkan diri sebagai maharaja Wei.

Apa yang membuat Zhao Zilong begitu hebat dan tak terkalahkan dalam semua perangnya? Akankah Cao Ying bisa membalas dendam kepada Zhao Zilong?






Tiada ulasan: