Isnin, 4 Februari 2013

Mutiara kalam dari seorang Sahabat

Assalamualaikum.

Inginku menghamparkan sebuah warkah
Menebarkan mutiara-mutiara hikmah
Yang diberikan oleh seorang sahabat muslimah 
Agar yang membacanya akan sentiasa merenung
dan menyelami apa yang terkandung dibalik hati yang kian kelam
Agar sentiasa terpahat Asma Allah dalam hati-hati
Yang sentiasa merindukan keindahan hidup dalam syariatNya



..............................




Kadang-kadang Allah patahkan hati kita
kerna Dia ingin selamatkan jiwa kita
Allah patahkan hati kita
untuk membuatkan kita selalu bersemangat
Dia memberi kita sakit
agar kita sentiasa kuat
Dia kurniakan kita kegagalan 
untuk membuatkan kita sentiasa merendahkan diri
Dia mengutuskan sesuatu penyakit
agar kita boleh menghargai
segala nikmat dan anugerah yang diberi

...............................

Ketahuilah sesungguhnya Allah sentiasa mengutuskan salam cintaNya untuk kita hambaNya
Janganlah kita mensia-siakan cintaNya..


Tiada ulasan: