Allah SWT
selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan
pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada
pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang
dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah
swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti
ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang
mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah
dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang
hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,
fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggian Ku, sesungguhnya solat mereka itu
aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas
perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya
dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as
selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun
singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT
lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun
aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad
terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat..
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.
Ermm...Baca jangan tak baca.Apa yang bermanfaat ambillah ok..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan