Rabu, 16 Januari 2013

AZAN : SERUAN KESATUAN UMMAH

Assalamualaikum dan selamat malam Selasa buat semua umat Islam di dunia.Doa dan harapan saya titipkan agar sahabat semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya..

Bersambung semula dengan bab yang berkaitan dengan Solat.Sepertimana yang telah saya titipkan dalam Bab Wudhuk serta Solat pada muka blog yang sebelumnya,pada hari ini saya ingin memaparkan tentang AZAN dan apa yang terkandung di dalam bab tersebut untuk tatapan semua khususnya bagi sahabat-sahabat yang telah dilntik  menjadi bilal atau tukang azan  disetiap masjid-masjid di dalam negara masing-masing.Semoga apa yang dilakukan ikhlaskan dalam hati dan semata-mata kerana Allah SWT juga.

PENGENALAN AZAN



KEISTIMEWAAN AZAN


  • sebagai simbol kekuatan,kesepaduan dan kesucian Islam
  • setiap lafaz yang tersusun menyimpan rahsia kekuatan akidah kepada Allah SWT,motivasi kejayaan orang Islam,keutamaan solat dan penyaksian keesaan Allah SWT serta perakuan kenabian Rasulullah SAW
PENGERTIAN

Bahasa

- Pemberitahuan atau pengumuman atau seruan atau pengisytiharan

ISTILAH

- Gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan masuknya waktu solat fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat.Pengisytiharan ini dibuat dengan melaungkan lafaz-lafaz tertentu.
-Dinamakan azan kerana muazzin ( tukang azan ) memberitahu waktu solat kepada orang ramai

SEJARAH AZAN




Hukum Azan
  • Fardu Kifayah
    Kepada jemaah lelaki yang hendak mendirikan solat lima waktu dan juga solat Jumaat. Tetapi tidak dituntut melakukannya pada solat-solat lain seperti solat raya, solat gerhana, solat terawih, solat jenazah dan lain-lain.
  • Sunat
    Bagi lelaki yang menunaikan solat fardu bersendirian sama ada secara tunai ataupun qada.
  • Makruh
    Bagi perempuan melaungkan azan sama ada ketika bersolat bersendirian atau dalam jemaah perempuan jika dibimbangi boleh menimbulkan fitnah. Sebaliknya, Imam Syafi’i menghukum sunat perempuan yang hendak menunaikan solat agar iqamat sahaja.
  • Haram
    Bagi perempuan melaungkan azan sekiranya diyakini perbuatannya itu boleh menimbulkan fitnah yang besar terhadap dirinya.
Dalil Syari’i Azan
Al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijmak mengesahkan pensyariatan azan ini seperti berikut:
Surah al-Ma'idah 5:58
Maksudnya: “Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.”
Huraian: Menurut al-Qurtubi, ini adalah satu-satunya ayat al-Quran yang menyentuh langsung mengenai azan dan ia pula khusus tentang azan hari Jumaat. Ayat di atas adalah berkenaan dengan perbuatan orang Yahudi yang mentertawakan laungan azan orang Muslim dan merendah-rendahkan perbuatan solat mereka.
Menurut akal mereka yang dangkal, azan ini merupakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh umat-umat sebelum ini. Kerana kejahilan ini mereke memperolokkan orang yang melaungkan azan dan mempertawakan azan apabila mereka mendengarnya.
Sunah:
Dalil al-Sunah pula merangkumi banyak hadis. Antaranya:
  • Diriwayatkan daripada Malik bin al-Huwairith r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
    “Apabila tiba waktu solat hendaklah salah seorang daripada kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat al-Bukhari)
    Diriwayatkan daripada Abusy Sya’tsa’, dia berkata:
    Suatu hari kami duduk di masjid bersama Abu Hurairah r.a. Lalu muazin mengumandangkan azan. Seorang lelaki bangkit dan keluar dari masjid.  Abu Hurairah r.a mengamatinya hingga lelaki itu keluar dari masjid. Kemudian beliau berkata:
    “Adapun lelaki itu, telah menderhakai Abu Qasim SAW”
    Kemudian Imam Ahmad menambah: “Kemudian beliau berkata: ‘Rasulullah SAW telah menyuruh kami. Baginda bersabda:
    Maksudnya: “Apabila kalian berada dalam masjid lalu dikumandangkan seruan azan, maka janganlah salah seorang daripada kalian keluar hingga dia mengerjakan solat.” (Riwayat Ahmad)
    Maksudnya: “Tidaklah seseorang mendengar seruan azan di masjidku ini, kemudian keluar darinya, kecuali untuk satu keperluan, kemudian ia tidak kembali lagi, melainkan ia seorang yang munafik.” (Riwayat al-Tabarani)
  • Begitu juga dengan hadis Abdullah bin Zaid r.a. tentang kafiat azan yang diketahuinya melalui mimpi yang turut sama dialami oleh Umar bin al-Khattab r.a. dalam hadis yang panjang.
    Maksudnya: “Ketika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, saya kemudian bermimpi ketika saya sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. Lalu saya berkata: ‘Wahai hamba Allah, adakah kamu menjual loceng tersebut?’ Saya menjawab: ‘Untuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.’ Dia berkata kembali: ‘Adakah kami mahu jika saya tunjukkan cara yang lebih baik?’ Saya menjawab: ‘Sudah tentu.’ Katanya: ‘Sebutkan Allahu akbar…’ (sehingga akhir azan). Tidak lama selepas itu dia berkata lagi: ‘Ketika kamu berdiri untuk mengerjakan solat sebutkan ‘Allahu akbar’ (sehingga akhir iqamat)”
    Setelah terjaga, saya segera menemui Baginda Rasulullah SAW dan menceritakan mimpi ini. Lalu Baginda bersabda:
    Maksudnya: “Dengan izin Allah ia mimpi yang benar. Berdirilah bersama Bilal dan sampaikan keadanya apa yang kamu lihat supaya dia boleh melaungkan azan. Kerana suaranya lebih kuat daripada kamu. Lalu saya bangun bersama Bilal dan menyampaikan kepanya. Lantas dia pun melaungkan azan. Umar bin al-Khattab yang berada di rumahnya mendengar laungan azan tersebut, lalu keluar sambil menarik jubahnya. Katanya: ‘Demi Tuhan yang mengutus engkau dengan kebenaran wahai Rasulullah SAW, saya juga melihat seperti ada yang dilihatnya (Abdullah).’ Baginda menjawab: ‘Segala pujian bagi Allah.’”
    (Riwayat Ahmad 15881 dan Abu Daud 499)



    KEUTAMAAN AZAN DAN MUAZZIN

    * PEMIMPIN DI HARI KIAMAT

    - Muazzin akan menjadi pemimpin  pada hari kiamat sebagaimana Muawiyah bin Abu Sufyan r.a menceritakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

    Bermaksud : Muazzin adalah orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat
                         ( Riwayat Muslim )

    ** Menurut Ibnu Majah : " panjang leher " adalah personifikasi atau kinayah  yang digunakan orang Arab bagi merujuk kepada ketua atau pemimpin 

    * MENGUSIR SYAITAN

    * KEAMPUNAN SEJAUH SUARA

    * KELEBIHAN SANGAT BESAR

    * DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA

    * MENDAPAT SAKSI AMAL SOLEH



    SYARAT AZAN

    1. MASUK WAKTU SOLAT 

    2. HENDAKLAH DISEMPURNAKAN OLEH SEORANG BUKAN 2 BUKAN 3 ORANG 

    3. HENDAKLAH DILAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB

    4. DIDENGARI OLEH PERSEORANGAN ATAU JEMAAH

    5. TERTIB 

    6. BERTURUT-TURUT

    7. MUSLIM

    8. BERAKAL DAN MUMAIYIZ

    9. LELAKI BUKAN PEREMPUAN ATAUPUN KHUNSA


    KAIFIAT ATAU SIGHAH AZAN







    SUNAT-SUNAT AZAN


    1. Berdiri ketika azan
    Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:
    "Hai Bilal, berdirilah dan kumandangkan azan."(Hr Bukhari dan Muslim)

    2. Menghadap kiblat
    Ini kerana kiblat adalah sebaik2 arah.

    3. Suci dari hadas kecil dan besar
    Makruh azan semasa berhadas kecil. Semasa berhadas besar lebih makruh.

    Nabi s.a.w bersabda:
    "Aku tidak suka menyebut nama Allah dalam keadaan tidak suci"(Hr Bukhari)

    4. Orang yang baligh.

    5. Orang yang baik
    Makruh orang fasiq melaungkan azan.

    6. Suara yang sedap
    Nabi s.a.w bersabda kepada Abdullah bin Zaid r.a yang mimpi azan dalam tidurnya:
    "Pergi jumpa Bilal dan ajar dia cara2 azan yang kau dapat dari mimpimu. Sesungguhnya suaranya lebih sedap dan nyaring dari suara engkau."(Hr Abu Daud)

    7. Orang yang melihat.

    8. Memalingkan wajah dan leher.
    Sunat memalingkan leher dan muka kekanan ketika mengucapkan "Hayya alas solah" dan kekiri ketika mengucapkan "Hayya alal falah" Ini yang dilakukan oleh Bilal dalam hadis sahih riwayat imam Bukhari.

    9. Tartil
    Maksudnya ucapkan kalimah azan dengan tenang dan jelas. Umar r.a berkata kepada Abu az-Zubair muazzin masjid Baitil Maqdis:
    "Apabila kamu azan hendaklah kamu lafazkan dengan tenang dan jelas."(Hr Baihaqi)

    10. Tarjie'
    Disunatkan tarjie ketika azan. Maksud tarjie adalah muazzin melafazkan dua kalimah syahadah dengan suara perlahan sebelum melafazkannya dengan kuat dan nyaring. Ini ada disebut dalam Abi Mahzurah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

    11. Taswib
    Iaitu tambahan lafaz "as-Solatu kahirum minan naum" pada azan subuh. Disunatkan pada azan yang pertama dan kedua. Ini berdasarkan hadis yang Nabi s.a.w sabdakan kepada Abi Mahzurah (Hr Abu Daud).

    12. Dua Muazzin
    Disunatkan mempunyai dua muazzin pada satu masjid.
    Ini kerana Nabi s.a.w mempunyai dua tukang azan. Nabi s.a.w bersabda:

    "Sesungguhnya Bilal mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh). Maka hendaklah kamu makan dan minum (bersahur) sehinggalah Ibnu Maktum mengumandangkan azan (subuh)."(Hr Bukhari dan Muslim)

    Dibenarkan untuk lebih dari dua mengikut keperluan seperti mana Uthman bin Affan mempunyai empat muazzin di zamannya.

    13. Diam dan menjawab azan
    Disunatkan bagi orang yang mendengar azan untuk diam dan menghayati setiap kalimah azan. Kemudian hendaklah dia menngucapkan apa yang diucapkan oleh muaazzin melainkan pada haia'latain (hayya alas solah dan hayya alal falah) maka disunatkan untuk mengucapkan hauqalah (la haula wala quwwata illa billah). Nabi s.a.w bersabda:

    "Apabila kamu mendengar azan hendaklah kamu mengucapkan apa yang diucapkan oleh muazzin."(Hr Muslim)

    -Apabila dia berada dalam solat, tandas atau jimak hendaklah dia jawab azan selepas selesai.

    -apabila dia sedang baca quran, berzikir atau pengajian ilmu hendaklah dia berhenti untuk mendengar dan menjawab. Lepas azan dia sambung rutinnya.

    14. Selawat dan doa untuk Nabi s.a.w
    Disunatkan kepada muazzin, pendengar azan, orang yang melaungkan iqamah untuk berselawat kepada Nabi s.a.w, meminta kepada Allah supaya diberikan pangkat wasilah kepada Nabi s.a.w dan berdoa kepadanya. Nabi s.a.w bersabda:

    "Apabila kamu mendengar azan hendaklah kamu mengucapkan seperti muazzin ucapkan. Kemudian hendaklah kamu berselawat kepadaku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian hendaklah dia meminta supaya Allah memberikan wasilah kepadaku.

    Sesungguhnya ia adalah satu kedudukan dalam syurga. Ia hanya diperolehi seorang sahaja dari kalangan hamba2 Allah. Aku berharap akulah orangnya. Sesiapa yang meminta wasilah untuk ku maka dia boleh mendapat syafaat dariku."(Hr Muslim)

    Nabi s.a.w bersabda:

    "Sesiapa yang berkata setelah mendengar azan:

    Allahumma rabba hazihid da'watit tammah was solatil qaimah ati saiyidina Muhammadanil wasilati wal fadilah wab'athhu maqamam mahmudanil lazi wa'adtah

    (terjemahannya) Ya Allah tuhan kepada seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang didirikan, berikan darjat wasilah kepada Nabi Muhammad s.a.w dan kelebihan. Bangkitkanlah ia dengan maqam yang terpuji seperti yang engkau janjikan.

    Maka dia boleh mendapat syafaatku."(Hr Bukhari)

    15. Doa untuk diri sendiri
    Disunatkan berdoa selepas azan kerana ketika itu adalah watu yang mustajab. Nabi s.a.w bersabda:

    "Sesungguhnya doa tidak ditolak diantara azan dan iqamah. Hendaklah kamu berdoa."(Hr Abu Daud dan Tirmizi)

    16. Memasukkan jari ke dalam telinga

    Disunatkan meletakkan dua jari ke dalam lubang telinga. Nabi s.a.w bersabda kepada Bilal r.a:

    "Apabila engkau azan maka hendaklah engkau masukkan dua jarimu kedalam telingamu. Sesungguhnya ia akan mengangkat suaramu."(Hr Baihaqi)



    DOA SELEPAS AZAN




    AZAN UNTUK TUJUAN SELAIN SOLAT

    Selain untuk tujuan solat,azan juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain :

    * DIBISIKKAN KE TELINGA BAYI

    - Dibisikkan ke telinga kanan bayi yang baru lahir dan sunat diiqamatkan  pada telinga kiri.Ini adalah kerana Rasulullah SAW telah mengazankan telinga Hassan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah r.anha.

    ( Bagi bayi perempuan,disunatkan membisikkan iqamat di telinga kiri )

    * MENGHALANG GANGGUAN JIN ATAU SYAITAN



    ****Sumber Rujukan dari Buku Ensiklopedia Solat****




Tiada ulasan: