Khamis, 10 Januari 2013

Sekadar peringatan bersama...




 

 


Hukum Meletakkan Status 'In A Relationship With' dalam FB,Twitter dan lain-lain...

 Assalamualaikum dan selamat malam semua....

 Selamat menunaikan ibadah dimalam yang diberkati,semoga segala amalan yang dilakukan mendapat keberkahan dariNya yakni Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Menguasai.

 Info yang diketengah ketepikan hanya untuk tatapan bersama khususnya buat sahabat2 yang sedang berfacebook.Sama-sama renungkan dan apa yang salah kita perbetulkan,apa yang betul jangan disalah-salahkan.Anggap ianya sebagai peringatan dan pedoman kita bersama dalam menempuh hidup yang sementara atas dunia ini sebelum melangkah ke alam yang abadi yakni akhirat.

 renungkanlah bahawa..

 Bagi seseorang lelaki atau wanita yg berani meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu...ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslim ataupun muslimah...kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya...seperti istiharkan kemaksiatan...tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bkn mahram boleh menimbulkan fitnah??? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa??? akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dgn maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...nak bangga sampai bila?

Tahukah anda sahabat sekalian  bahawa,sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan...inikan pula perhubungan couple yang jelas haram...tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!!...kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi s.a.w menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Nabi s.a.w:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

oleh itu janganlah berbangga dgn status in a relationship with kekasih bukan mahram anda itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...nak selamat dan elak diri difitnah...halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat...

 

p/s : Jangan sampai in a relationship berbulan-bulan tapi tak kahwin,tak ke padah namanya..

Tiada ulasan: