Khamis, 24 Januari 2013

INFO JAWATAN KOSONG SEBELUM 15 FEBRUARI 2013

 Assalamualaikum dan selamat malam.

Buat kengkawan yang masih tercari-cari pekerjaan ataupun yang masih mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan apa-apa kerjaya,sila lihat info yang disampaikan di bawah.Jika ada kelayakan mahupun yang berminat untuk mendapatkan jawatan tersebut,sila layari website berikut :-
 - http://www.ohjob.info/.
Dapatkan segera jawatan tersebut sebelum tarikh 15 Februari 2013.



IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
 ( sumber dari website kerjaya yang diberikan )





LEMBAGA KOKO MALAYSIA

Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf sementara dan tetap di Lembaga Koko Malaysia seperti berikut:-

1. PEMBANTU PENYELIDIK (Bil. Kekosongan : 2)
[Penempatan : Pusat Inovasi & Teknologi Koko, Nilai]

i. Klasifikasi Perkhidmatan: Penyelidikan dan Pembangunan
ii. Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
iii. Taraf Jawatan : Sementara
iv. Jadual Gaji : Gred Q17
P1 RM 930.44 - RM2,529.44

v. Syarat Kelayakan :
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
b) Sijil dalam bidang penyediaan makanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
c) Sijil Institut Pertanian (SIP) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DAN 

d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus
ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

- Keutamaan adalah diberi kepada calon lelaki yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang penyediaan makanan, kulineri, pastry dan seumpamanya; dan

-Bagi pemohon yang hanya mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia, keutamaan adalah diberi kepada pemohon yang mendapat kepujian dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran Sains atau kepujian dalam mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.


2. PEMANDU KENDERAAN (Bil. Kekosongan : 1)

(Penempatan : Ibu Pejabat, Kota Kinabalu)

i. Klasifikasi Perkhidmatan: Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir
ii. Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
iii. Taraf Jawatan : Tetap
iv. Jadual Gaji : Gred R3
P1 RM792.60 - RM,1610.99
P2 RM840.60 - RM1,688.45
P3 RM890.43 - RM1,767.76

v. Syarat Kelayakan :
a) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
b) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
c) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

DAN 
d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai lencana GDL)

Syarat-syarat Permohonan Bagi Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia Mengikut Sistem Terbuka
i) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

ii)

Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
 
iii)
Memenuhi syarat-syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau lulus dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

* Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 Syarat-Syarat Permohonan
 
1.Terdiri daripada warganegara Malaysia.

2.Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3.Bagi calon-calon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh iklan serta mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan bersama Laporan Nilaian Prestasi Tahun 2011, Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Pengisytiharan Harta.

Penaklukan Di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan

Calon-Calon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Cara Memohon
 
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak melalui Laman Sasawang Lembaga di alamat www.koko.gov.my atau mengambil sendiri di Pejabat Lembaga Koko Malaysia seperti berikut:-

i) Lembaga Koko Malaysia
Pusat Inovasi dan Teknologi Koko
Lot 12621, Kawasan Perindustrian Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7999001

ii) Ibu Pejabat, Lembaga Koko Malaysia
Tingkat 6, Wisma Sedco,
Lorong Plaza Wawasan
Off Coastal Highway
Beg Berkunci 211
88999 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-234472

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan sijil SIP, Politeknik (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), SPM/SRP/PMR/Darjah 6, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada 15 Februari 2013 ke Ibupejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5, 6 & 7, WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat.

Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya


p/s dari Habibi : Semoga berjaya dalam temuduga kelak.Dan jangan lupa bertawakkal kepada Allah SWT dan berdoa agar berjaya dalam mendapat jawatan yang dipohon.

Tiada ulasan: