Assalamualaikum
ya akhi dan ukhti sekalian..
Selamat menjalani
hidup dengan senyuman..dengan senyuman..Moga selalu senyum dalam membuat
apa-apa kerja asal baik dan halal disisi Allah.Dan jangan lupa,dalam menjalani
sesuatu kerja itu,perlulah didahului dengan perkara ini iaitu :
- Mulakan dengan Bismillahirrahmannnirrahim..ataupun ingin yang ringkas hanyalah Bismillah sahaja
- Ambil wuduk dengan sempurna
- Dan berdoa memohon rahmat dan keampunan dari Allah juga doa waktu pagi
Contoh doa pagi
- Bersedekah walau apa cara sekalipun ( janji barang yang disedekahkan itu halal )
- Mulakan harimu dengan senyuman
Apabila tiba kehadiran tahun baru 2013,segalanya akan berubah..Oh,tidak sama sekali berubah jika kita masih lagi
berada ditakuk lama..Perangai yang lama.Jadi,tekadkan azam untuk berubah dan
menjadi yang terbaik dalam hidup anda dan jangan sia-siakan wktu muda anda sebelum tua anda..
Alhamdulillah,tanpa
disangka-sangka,dengan izin Allah saya masuk dalam tv9,Eh,bukan masuk dalam
kotak tvla..Maksudnya dalam siaran berita malam di tv9 dekat di mana?Dekat
dihati semua…Bagi yang tak kenal saya lagi,mungkin anda yang telah menonton
berita semalam yang memaparkan tentang liputan mengenai Ops Bersepadu Cegah
Jenayah Syariah Daerah Kuantan yang diadakan selama 3 hari bermula Ahad hingga
Selasa,adalah saya dalam siaran tu.Mungkin saya tak perasan,sebab ada sahabat
bagitau saya masuk tv.Jadinya,bagi rakan2 blog mahupun yang singgah di blog
saya ni ingin tahu apa kerjaya saya,saya adalah salah seorang dari pegawai
penguatkuasa agama di JAI Pahang.
Semoga anda semua menyokong kerjaya saya ini dan selalu mendoakan saya yek..Sokongan anda harapan saya..Doakanlah kejayaan saya di dunia akhirat jua...Selamat pagi dan selamat bangun untuk berserah diri pada Maha Cinta...Wassalam...
* keratan akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia 2.1.2013 mengenai Ops Kuantan
Semoga anda semua menyokong kerjaya saya ini dan selalu mendoakan saya yek..Sokongan anda harapan saya..Doakanlah kejayaan saya di dunia akhirat jua...Selamat pagi dan selamat bangun untuk berserah diri pada Maha Cinta...Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan