Assalamualaikum,bersama hayati dan renungi..
Kasihnya Rasulullah kepada umatnya
Betapa kasihnya Nabi Muhammad SAW kepada umatnya sehingga di saat akhir kewafatannya pun masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya.
Nabi tersenyum bila Jibrail AS berkata bahawa umat Muhammad SAW akan dihisab terlebih dahulu daripada umat Nabi-Nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah;
” Umatku, Umatku, Umatku”.
Begitulah sayangnya Baginda kepada kita. Bagaimana dengan kita ? Adakah kita sayang kepadanya sebagaimana sayangnya Baginda kepada kita ?
Ketahuilah umat Muhammad sekalian, di akhirat nanti, Nabi Muhammad SAW sesungguhnya telah menyimpan doa mustajab untuk umatnya, yang akan memberikan syafaat kepada umatnya nanti. Dan apabila umat Muhammad yang masih bersisa di neraka jahannam nanti, maka Baginda Rasulullah akan datang lalu berdoa kepada Allah “Ya Allah, izinkan aku memberi syafa’at kepada mereka itu walaupun mereka hanya punya iman sebesar zarrah."
Sesampainya Rasulullah s.a.w. di neraka Jahanam, padamlah api neraka yang begitu dahsyat itu. Penduduk Jahanam pun berucap, “Apa yang terjadi, mengapa api Jahanam ini tiba-tiba padam? Siapakah yang datang lagi?”
Rasulullah s.a.w. menjawab, “Aku Muhammad s.a.w. yang datang, siapa di antara kalian yang jadi umatku dan punya iman sebesar zarrah, aku datang untuk mengeluarkannya.”
kasihnya baginda kepada kita..marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atasnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan