Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga
tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi
perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut
merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih
‘tulen’. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang
lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya.
Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih kacak dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat
malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan
daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk
berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang
ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut
fesyen terkini atau sebagainya.
Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah
berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan
memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW
menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai
orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.
Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda
akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada
pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi
Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.
P./S : Wahai lelaki, berjanggutlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan