Isnin, 14 Januari 2013

WUDHUK : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN SOLAT



 Wudhuk adalah merupakan satu penyucian bagi orang-orang muslim yang ingin mengerjakan perkara wajib terutamanya solat.Ianya dikategorikan sebagai syarat sah bagi seseorang untuk melakukan solat.Tanpa wudhuk,tidak sah solatnya.

PENGENALAN : PEMBERSIHAN JASAD DAN ROH

Ibadah adalah saat seorang hamba bersujud di hadapan Penciptanya sebagai perakuan taat setia dan tunduknya kepada Tuhan yang menghidupkannya.Pada detik inilah manusia berusaha membersihkan jiwa dan roh mereka melalui perantaraan ibadah seperti solat .Menariknya dalam kebanyakan ibadah yang hendak dilakukan disyaratkan membersihkan diri dengan berwudhuk.

Setiap hari sekurang-kurangnya orang Islam yang taat membasuh muka,tangan,kepal,telinga dan kaki lima kali sehrai.Banyak kajian dilakukan terhadap manfaat wudhuk terhadap kesihatan fizikal manusia.


PENGERTIAN DARI SEGI BAHASA DAN SYARAK

BAHASA

* Kebaikan dan Kebersihan

SYARAK

* Penggunaan air yang suci pada anggota-anggota yang tertentu ( iaitu membasuh muka,dua belah tangan hingga ke siku,menyapu kepala dan membasuh kedua-dua belah kaki ),dengan dimulakan dengan niat.


PENSYARIATAN

AL-QURAN

- Firman Allah SWT ( Surah Al-Maaidah ayat 6 )

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman,apabila kamu hendak mengerjakan solat(padahal kamu berhadas kecil ) maka berwudhuklah iaitu dengan membasuh muka kamu,dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku,dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu,dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali.

AL-HADIS

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Baginda bersabda :

Maksudnya : Allah tidak akan menerima solat seseorang yang berhadas kecil,sehinggalah dia berwudhuk. 
                                           ( Riwayat Al Bukhari dan Muslim )



 HUKUM WUDHUK

HUKUM 1 : WAJIB

Wajib berwudhuk bagi sesiapa yang berhadas dan hendak melakukan ibadat-ibadat yang mensyaratkan wudhuk sebagai syarat sahnya.

* SOLAT 

 

Samada solat wajib atau sunat,solat yang sempurna atau tidak seperti solat jenazah dan sujud tilawah.Berdasarkan firman Allah SWT( Surah Al-Maaidah ayat 6 ) :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman,apabila kamu hendak mengerjakan solat(padahal kamu berhadas kecil ) maka berwudhuklah iaitu dengan membasuh muka kamu,dan kedua-dua belah tangan kamu meliputi siku,dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu,dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali.

*  MENYENTUH DAN MENGANGKAT MASHAF AL-QURAN

 

 Walaupun sekadar menyentuh ayat yang tertulis di atas batu,duit syiling atau di dalam buku.Termasuk juga kitab-kitab tafsir Al-Quran yang mempunyai ayat al-Quran lebih banyak daripada tulisan lain.

Berdasarkan firman Allah SWT didalam surah Al Waaqiah ayat 79 )

Maksudnya : Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.


Manakala Hadis pula,Rasulullah SAW bersabda :

Maksud : Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang bersuci.
( Riwayat Al-Tabrani )

 * TAWAF

 

Ini kerana  tawaf sama seperyi solat yang diwajibkan bersuci sebelum melakukannya.Berdasarkan riwayat Ibn Abbas r.a daripada Nabi SAW bersabda :

Maksud : Tawaf keliling Kaabah sama seperti bersolat kecuali kamu boleh bercakap ketika melakukannya.Sesiapa yang bercakap-cakap ketika itu,janganlah bercakap kecuali perkataan yang baik-baik.                                               ( Riwayat At-Tarmizi )



 HUKUM 2 : SUNAT

Disunatkan berwudhuk dalam keadaan tertentu tetapi ia tidak disyaratkan.

Terdapat banyak keadaan yang disunatkan agar berwudhuk,sebahagiannya adalah seperti berikut :

* MEMPERBAHARUI WUDHUK

Sunat memperbahurui wudhuk untuk setiap solat,samaada yang fardhu atau sunat.Begitu juga dengan solat jenazah,sama ada yang fardhu dan sunat.Begitu juga dengan solat jenazah,sama ada wudhuk tersebut dilakukan sepenuhnya dengan air atau digantikan bahagian-bahagian tertentu dengan tanah ( tayammum )

Keharusan ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : Jika tidak membebankan umatku,sudah tentu aku memerintahkan mereka berwudhuk setiap kali solat,atau bersiwak setiap kali berwudhuk.                        ( Riwayat Ahmad)


 *SEBELUM MANDI WAJIB

Disunatkan berwudhuk sebelum mandi wajib berdasarkan riwayat daripada isteri Rasulullah SAW,Maimunah r.anha katanya :

Maksudnya : Rasulullah SAW berwudhuk seperti wudhuk untuk bersolat tanpa membasuh kedua-dua kakinya.Baginda membasuh kemaluannya ( sebelum wudhuk ) dan menghilangkan segala kotoran.Kemudian baginda menyiram dirinya dengan air.Setelah itu,baginda mengangkat dan membasuh kedua-dua kakinya.Demikianlah baginda mandi junub.                 ( Riwayat al-Bukhari )


  * WUDHUK KETIKA BERJUNUB

Disunatkan berwudhuk bagi orang yang berjunub jika hendak makan atau minum atau tidur sebelum mandi junub,termasuk juga bagi wanita yang telah bersih daripada haid atau nifas tetapi belum mandi wajib.

* WUDHUK KETIKA MARAH

 

Disunatkan berwudhuk ketika marah,kerana dengan berwudhuk dapat meredakan kemarahan tersebut seperti yang disebutkan oleh baginda SAW :

Maksud : Kemarahan itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api.Oleh itu,sesiapa yang marah hendaklah dia berwudhuk. (Riwayat Abu Daud )


* MENYENTUH KITAB AGAMA ATAU TAFSIR

 

Disunatkan berwudhuk ketika menyentuh kitab-kitab agama seperti tafsir ( yang ayat al-Qurannya kurang daripada tulisan lain ),fiqh,tauhid,hadis dan sebagainya.

* SELEPAS MENYENTUH ATAU MENGUSUNG MAYAT

 * KETIKA BELAJAR

* APABILA MELAKUKAN DOSA

 

* MAKAN DAGING UNTA

 * DUDUK DI DALAM MASJID

 

*  WUQUF DI ARAFAH


*  SAI'E ANTARA SAFA DAN MARWAH

*  MENZIARAHI MAKAM RASULULLAH SAW

 

*   APABILA KEMBALI KEPADA ISLAM SETELAH MURTAD

*   SETELAH CUKUP UMUR BALIGH

*  SEBELUM BERKHUTBAH

*   MENZIARAHI KUBUR

*  BERCUKUR KEPALA

*  MEMEGANG KEMALUAN HAIWAN

HUKUM 3 : MAKRUH TANZIH

Sekiranya memperbaharui wudhuk sebelum menunaikan sebarang solat atau selepas menunaikan solat sunat wudhuk,atau selepas melakukan sujud tilawah atau sujud syukur,atau tawaf atau khutbah Jumaat.

HUKUM 4 : HARAM

Berwudhuk bagi wanita yang masih dalam tempoh haid atau nifas,yang darahnya masih mengalir.


 RUKUN WUDHUK 


 SUNAT-SUNAT WUDHUK

1. Membaca Basmallah pada permulaan basuhan

2. Membasuh tangan hingga ke pergelangannya sebanyak 3 x sebelum memasukkannya ke dalam bekas air.

3. Berkumur-kumur

4. Istinsyaq,iaitu memasukkan air ke dalam hidung.Disunatkan juga memasukkan air ke dalam hidung dengan tangan kanan dan mengeluarkannya semula dengan tangan kiri

5. Menyapu seluruh kepala

6. Bersugi,bersiwak

7. Menyelat janggut yang tebal

8. Menyelat jari-jari tangan

9. Menyelat jari-jari kaki

10. Menyapu bahagian luar dan dalam telinga dengan air yang baru,bukan dengan air yang digunakan untuk menyapu kepala

11. Memasuh atau menyapu anggota-anggota wudhuk sebanyak 3 x

12. Mendahulukan yang kanan daripada yang kiri ketika membasuh kaki dan tangan

13. Menggosok anggota yang dibasuh dengan tangan

14. Membasuh anggota wudhuk secara berturut-turut tanpa selang yang terlalu lama ( muwaalat )

15. Tidak berlebihan ketika menggunakan air hingga menyebabkan pembaziran

16. Menghadap ke arah kiblat ketika berwudhuk kerana ia adalah arah yang mulia.

17. Tidak bercakap-cakap ketika berwudhuk.

18. Membaca tasyahud selepas selesai berwudhuk dan berdoa.

CARA BERWUDHUK YANG SEMPURNA

Ilustrasi Wudhuk


http://1.bp.blogspot.com/_j-5Y4BUoo8k/TMJfsIIgx_I/AAAAAAAAAkc/xdpFkkYgL_U/s1600/wuduk.png 

MAKRUH KETIKA BERWUDHUK

1. Membazir air

2. Mendahulukan bahagian kiri

3. Mengelap air wudhuk

4. Memukul muka dengan air

5. Melebihi 3 basuhan

6. Meminta orang lain ambilkan wudhuk

7. Berkumur secara berlebihan


  FADILAT BERWUDHUK

1. Menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan

2.  Wudhuk membersihkan jasmani dan rohani

3. Wudhuk yang sempurna - penghapus dosa


SYARAT WAJIB WUDHUK

1. ISLAM - tidak wajib ke atas orang kafir

2. BERAKAL - tidak wajib ke atas orang gila

3. BALIGH - tidak wajib ke atas orang belum baligh ( belum mumaiyiz )

4. BERADA DALAM KEADAAN BERHADAS

5. TIDAK BERLAKU PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN WUDHUK

6. MAMPU MENGGUNAKAN AIR YANG BERSIH DAN MENCUKUPI


SYARAT SAH WUDHUK

1. MENGALIRKAN AIR YANG SUCI PADA KESELURUHAN KULIT LUAR

2. MENGHILANGKAN APA YANG MENGHALANG SAMPAINYA AIR KEPADA ANGGOTA WUDHUK

3. TIADA PERKARA YANG MENGHALANG ATAU MEMBATALKAN WUDHUK



PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN WUDHUK

 
NOTA : BUAT BLOG pakcikli..pinjam gambar yek. Nak kongsi dengan orang jugak..Semoga pakcikli mendapat pahala juga ..Insyallah..

Sumber rujukan :


Tiada ulasan: