Isnin, 14 Januari 2013

Muhasabah nafsi di pagi dinihari

Assalamualaikum..

Buat yang masih belum terlena,ayuh kita renungkan artikel di bawah ini :


apa yang berlaku pada zaman sekarang segalanya telah berbeza.Seperti artikel yang dipaparkan,sungguh berbeza.Apa yang terjadi kebanyakannya anak telah mengabaikan ibunya.Dijadikan seperti sampah dan malah ada yang malu mengakui anak kepada ibunya lantaran dia semakin tua dan tak terurus apatah lagi miskin tiada harta.Sungguh kejam bila seseorang anak itu malu mengaku anak kepada ibunya itu sedangkan ibunya itulah yang mengandungkannya selama 9 bulan,mengendong ke sana ke mari,sanggup menahan lapar dahaga demi melihat anaknya kenyang.Sanggup bersengkang mata demi memperthankan keselamatn anaknya dari bahaya,namun apabila dewasa,apakah balasan yang diberikan si anak kepada ibunya itu??

Apabila siibu menyuruh anak membantunya..dia memberikan alasan 1001 alasan...
Apabila siibu menasihati akan si anak,dia langsung mengherdik ibunya..
Apabila siibu menyuruh sianak perempuannya supaya jangan mendedahkan aurat,lantas sianak akan berkata ' alangkah kolotnya ibu aku ini,tak mengikuti peredaran zaman'


anak apakah itu,kelakuannya bukan seperti manusia...betapa celakanya hidup si anak itu jika dia tak sempat memohon maaf dari ibunya jika ibunya meninggal dunia

Sedarkanlah diri anda jika terbuat perkara di atas..Sedarkan diri dengan memohon maaf kepada ibu anda..Jagalah dia dan hargailah pengorbanannya..Dia takkan boleh diganti oleh sesiapapun jika dia kembali ke hadrat Ilahi..

Sedarlah dan renungkanlah...Sayangi ibu anda selagi ibu anda masih ada..

Tiada ulasan: