Selamat bertemu kita di dalam legasi ini.Semoga sahabat akhi dan ukhti sentiasa berada di dalam kerahmatan dan keberkahan dariNya.Harapan dan doa saya buat kalian agar senyum selalu dan jangan ada yang berduka lara ok.
Dihari yang penuh berkah di pagi Jumaat yang mulia ini,jangan lepaskan peluang kita untuk membasahkan bibir dengan mendendangkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.Berselawatlah tidak kira berapa jumlah sekalipun kerana itulah tandanya kita sentiasa mencintai Rasulullah walaupun kita tidak pernah melihat baginda.
Antara kelebihan berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW adalah berdasarkan kepada riwayat hadis :
Sabda Nabi saw : “Tiada satu doa
seseorang itu melainkan antaranya dan langit terdapat
hijab sebagai pendinding sehinggalah ia
berselawat ke atasku. Apabila ia telah berselawat,
maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun
diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan” .
Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari,maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat untuk akhiratnya dan 30 hajat untuk dunianya”.
Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari,maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat untuk akhiratnya dan 30 hajat untuk dunianya”.
Nabi Muhammad saw bersabda : “Jibril telah datang
kepadaku dengan berkata :
“Wahai Rasulullah, tiada siapa yang berselawat ke
atasmu melainkan 70 ribu Malaikat
berselawat ke atasnya”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan