Sabtu, 5 Januari 2013

Untuk keselamatan diri

Assalamualaikum..

Hidup di dunia bukanlah selamanya kita akan bahagia dan aman.Terkadang disebabkan oleh musabab yang bersifat dengki dan cemburu apabila melihat kita hidup senang atau tenteram,pasti dia akan mencuba untuk menjatuhkan kita serta membuatkan kita merasa susah untuk menjalani hidup lantas akibat daripada sifatnya itu.Jadi,apapun yang berlaku,kita seharusnya berwaspada sepanjang waktu,jangan mudah merasa kita akan selalu hidup dengan aman.Mungkin kita takkan sedar kita akan disihir,dicelakakan mahupun diseksa oleh kalangan kita sendiri mahupun dari perantaan jin yang dibela oleh manusia yang mendengkikan kita..

Pada petang ini saya akan berkongsi kepada sahabat semua sesuatu yang dapat menghalang kejahatan dari terus membelenggu diri kita.Apapun yang terjadi,berserah harap kepada Allah SWT kerana Allah SWT Maha Agung dan berkuasa dari mahklukNya..
.........................................................................................................................

Cara Mengatasi Sihir

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Tiada ulasan: