Khamis, 31 Januari 2013

RENUNGAN HATI


Assalamualaikum..

Selamat petang dan elamat beriadah akhi dan ukhti yang disayangi Allah..Semoga Allah sayang kalian semua sepanjang hari.Sambil2 kita beriadah,jangan kita lupa untuk mendidik hati kita supaya meluangkan masa dengan bermuhasabah.Muhasabah diri bukan sahaja dilakukan pada tengah malam mahupun 1/3 mala,bahkan pagi,tengahari,siang mahupun bila-bila masa sahaja sebagai tanda kita sedar akan kehidupan kita hanyalah sementara sebelum menantikan alam yang abadi.jadi,sama-sama kita renungkan dan ambil pengajaran.

Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal,kerana pakaian terakhir kita kelak adalah KAIN KAPAN

Jangan bangga sangat dengan kenderaan mewah,kerana kenderaan terakhir kita adalah VAN JENAZAH dan PAPAN KERANDA

Jangan terlalu seronok dengan kamar tidur yang empuk dan selesa kerana tempat tidur kita yang terakhir adalah di LIANG LAHAD

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewa umpama istana,ingatlah bahawa rumah terakhir kita adalah KUBUR BERTIANG DUA

Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat kebesaran,kerana bila sudah tiada nanti,kita akan dapat gelaran ARWAH

Jangan terlalu bangga  dan berlagak dengan wajah yang tampan atau cantik jelita,kerana bila kita mati kelak,wajah itu akan menjadi RANGKA/TENGKORAK

Tiada ulasan: