Rabu, 9 Januari 2013

Peliks Tapi Benar sebenar-benarnya..

Assalamualaikum..

Entri kali ini akan memaparkan mengenai sesuatu yang sememangnya peliks dimata hati manusia yang tahu menilai tapi benar atas dunia yang serba mencabar ini..Bacalah,fahamilah dan renungkanlah agar anda dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk..


PELIKS TAPI BENAR..

1.Ada manusia yang bila ditangkap pihak berkuasa agama kerana masuk premis judi,bila ditanya dia kata judi tu haram disisi agama,tapi nak buat macamne,rezki..

2.Orang perempuan yang lahirnya dah Islam,mak ayah Islam,tapi bila berpakaian bukan macam orang Islam.Pakai dedah sana sini sampai orang lain tengok menaikkan nafsu syahwat.Apa citer ni?

3. Perempuan Islam yang molek bertudungnya,tapi baju yang dipakai ketat sungguh,nak bagi siapa tengok ye?

4. Orang yang berilmu dan belajar tinggi-tinggi sampai ke Timur Tengah,tapi bila balik Malaysia.,tak mahu sampaikan ilmu yang dipelajari.Nak sorok sampai bila ilmu tu?

5. Ada perempuan Melayu Islam mole pakai baju kurung dan bertudung,tapinya baju yang dipakai itu menampakkan tubuh.Kedai mana jual baju kurung fesyen macam itu?

6. Para ustaz-ustaz yang nak berceramah tapi niat sebenarnya nak royalti hasil dari ceramah.Atapun dia tak mahu ceramah di suatu tempat itu jika bayarannya murah.Jenis apa ye ustaz macam itu?

7. Orang sekarang apabila bertemu dengan rakan-rakan yang dikenali bermesra dan bergurau senda,tapi bagi yang tak kenal,taknak ambil peluang untuk menjalinkan silaturahim.Bukankah silaturahim itu dipandang mulia disisi Allah SWT?

8. Orang yang banyak kumpul harta sampai solat fardu mahupun Jummat tak dilaksanakan.Tak ingat ke harta tu datang dari siapa sebenarnya?

9. Para pegawai yang berjawatan tinggi hanya berkawan dengan golongan yang sama taraf sedangkan golongan bawahan dipandang bak sampah di tong sampah Majlis Perbandaran.Jawatn tu boleh dibawa ke kubur ke?

10. Golongan berilmu agama cakap tak serupa bikin.Tahu cakap yang baik kepada umum,tapi diri sendiri tak buat.

11. Selanjutnya anda fikir-fikirkanlah.Apa yang disampaikan ini sememangnya sedang berlaku dan telahpun berlaku di hadapan mahupun dibelakang kita.Mudah-mudahan kita sentiasa mendekatkan diri pada Allah SWT dan jahukanlah daripada perkara yang mendatangkan bala.

Renung-renungkan..tunduk kepala dengan bermuhasabah diri dan selamat beramal...

Tiada ulasan: