Isnin, 31 Disember 2012

7 Jenis Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Kematian.

Hi Assalamualaikum semua

Selamat malam dan selamat menjamu selera.Biarpun musim hujan turun tak henti-henti sejak petang tadi di bumi Kuantan,Pahang ni,moga-moga makan tu biarlah berpada-pada ye.Amalkan Sunnah Nabi saw iaitu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.Jangan makan sampai kenyang berganda-ganda,nanti kena penyakit siapa yang susah,sendiri mau ingat la..

Dikesempatan ini juga,sebelum memulakan tanggungjawab pada malam tahun baru ni,ingin juga jari jemari seorang lelaki ini menaip sesuatu yang bisa memberi manfaat untuk semua.Iya,hidup ini kenalah saling mengingati tak kira apa saja info janji ianya bermanfaat untuk menjalani hidup atas muka bumi Tuhan ini.

Salah satu info yang ingin saya sampaikan adalah mengenai 7 JENIS PAHALA YANG DAPAT DIPEROLEHI SETELAH MATI.

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh perkara pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1) Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3) Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 

7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Jangan lepaskan peluang keemasan dari Ilahi...Jika terlepas,jawablah dalam hati iya..

Wassalam....


Ada apa dengan tahun baru??

Assalamualaikum..

Berdasarkan entri yang ingin diketengah dan diketepikan..anda semua pasti tahu ada apa dengan cinta..opss..bukanlah..ada apa dengan TAHUN BARU..Iya,apabila hujung tahun berakhir maka esoknya akan hadir tahun yang baru.Jadi,untuk meraikannya,malam tu juga diadakan macam-macam sambutan.Macam-macam ada..ada sambutan versi tradisional,ada yang millineum.Bunga api,mercun berdentam dentum.Tapi,semua itu takkan berakhir tanpa dihiasai dengan gelagat anak muda yang mula menunjukkan belang dengan melakukan perkara yang kebiasaannya jauh dari panggang dan apinya..Haha,tak lawak..muda mudi sekarang bukan macam zaman mak ayah kita yang ada pandai jaga akhlak dan tahu baik dan buruknya..

Malah,apabila tibanya malam tahun baru,setelah 12 kali jam berbunyi di menara jam yang tersergam indah di merata negeri ( jika ada menara yang dibina,takpun tengok dalam tv ajelah kan? ) maka bermulalah mereka terutamanya remaja lelaki dan perempuan melakukan apa yang bercanggah dari syariat Islam.Seperti misalnya :

Bermula acara rempit merempit di atas trek dan siapa yang juara akan menerima hadiah 'minah rempit'untuk dikendurikan.Malah,harta awam turut dimusnahkan tanpa berfikir walau sesaat,walhal ada otak dan punya akal,tapi tak pandai mengendalikannya.Selain itu,ada juga acara yang menghiasi malam tahun baru yang sebenarnya tak membawa apa-apa manfaat.

Sedarlah duhai insan,tak guna jika hidup ini tidak dihiasi iman dan taqwa.Sedarlah cepat-cepat,jangan sampai datang malaikat maut menjalankan tugas yang diarahkan Allah SWT,masa itulah sesalan tiada gunanya lagi..

Semoga tahun baru yang akan tiba esok hari nanti,berazamlah dengan menambah kebaikan dan sentiasa mentaati segala perintah Allah,menurut sunnah Rasulullah,memeperbaiki yang wajib dan men addkan yang sunat,juga meninggalkan segala laranganNya..Dan semoga saya dan anda semua mengama;kan hidup secara bersyariat.Insyallah..

Selamat tahun baru 2013...Hiudp success tanpa masalah semuanya  ok!!!(kata Awi Rafael Nadal)





Warkah cinta..bawalah cintaku kepadaNya...

Assalamualaikum..

Selamat pagi Isnin 31.12.2012..Hujan pun turun selebat-lebatnya mencurahkan rezki dengan izin Ilahi..Mencurahkan kenikmatan atas bumi Kuantan ini..Sesejuknya pagi ini,masih lagi mata ini belum terlelap walaupun baru selesai kerja sejak dari 2 jam tadi..

Ingin juga saya mengambil kesempatan untuk melakarkan sebuah nukilan buat sang perindu Ilahi.Juga buat yang merindui ibubapa juga orang yang tersayang yakni zaujah.Buat diri saya yang masih sepi,belum juga bernikah lagi,walhal teringin untuk bersama yang dikasihi tetapi takdir Ilahi,biarlah ianya sendiri..Jemari ini mula menari di atas butang keyboard untuk menitipkan lirik-lirik bait yang mungkin anda semua pernah mendengarnya di tv Hijrah iaitu sebuah drama Islami yang bertajuk Warkah Cinta jam 8.30 pm.Kini,drama tu dah habis,mungkin juga akan datang ianya akan kembali berulang di tv yang sama.Uniknya,drama ini dilakonkan oleh Imam Muda Nazrul,Naib Juara Imam Muda Musim ke2(kenal kan)macam muka Farish Azizi yang masuk Fear Factor Malaysia tu.Selain dari Imam Nazrul,turut diterajui oleh Heliza Helmi.Best bila layan drama tu.Lagipun ianya adaptasi dari sebuah novel nukilan Ustaz Ubaidillah Alias




Warkah cinta berbau syurga(Ustaz Bazli feat Imam Muda Nazrul)

Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir ter-
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar

Sekalipun diriku terbuang dimata insan
Engkau Maha mengerti letaknya cintaku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]


Bila didengar bait-bait ni,terasa menusuk dikalbu.Begitu agungnya cinta Ilahi yang tiada bandingan.Sungguh,bukan mudah mencari cinta yang suci di antara manusia-manusia atas dunia ni.Tapi,cinta Ilahi cinta yang abadi dan bahagia dihati selamanya..Semoga,diri ini akan menemui cinta yang sentiasa mencintai Ilahi...

Ahad, 30 Disember 2012

Plan 2013..Apa dia ye??

Assalamualaikum...

Berdasarkan arahan yang diterima dari ketua,selama 3 harilah saya berada di Kuantan bagi menunaikan tanggungjawab atas apa yang dipertanggungjawabkan.Kerja apa?Taknak bagitahu buat masa ni sebab tak penting sangat.Tapi tanggungjawab yang dipegang ni mudah-mudahan diberkati Allah apa adanya.Yang penting,ikhlas..ikhlas..ikhlas.Jangan mengeluh dan menganggap tanggungjawab tu satu beban.

So,lagi 2 hari menjelang tahun baru..Apa azam ye...Mungkin tak fikir lagi kot.But,sebenarnya sudah ada perancangan yang akan dilaksanakan pada tahun 2013.Azam untuk membuat duit adalah salah satunya...Jadi,nak berniaga apa,memang dalam kepala.Hope,dapat dilaksana pada tahun baru nanti,tak kiralah nak mula awal mahupun tengah bulan..

Jadinya...azam nak jadi blogger yang hebat..Insyallah,akan cuba terlaksana sepenuhnya.Dengan berkongsi apa-apa info yang bermanfaat dan bukannya karut marut..Jadi kawan-kawan,doakan kejayaan saya yek!!


Jumaat, 28 Disember 2012

Renungan untuk antum semua : Nasihat kubur

Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJJUD



2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.




3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.


4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,


5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT





6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..




7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"



Dipersilakan untuk SHARE. Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua. :)

Catatanku : Tatkala menjelangnya tahun 2013

Assalamualaikum..

Salam sejahtera hendaknya selepas menunaikan solat Jumaat.Maka bersambunglah seluruh umat Islam melakukan tugasan masing-masing di atas bumi ini.Semoga apa yang dilakukan mendapat redha dan barakah dari Allah SWT..

Bersyukur kepadaNya kerana masih lagi diberi peluang menghadapNya pada Jumaat ini.Semoga hati ini selalu ikhlas dan sabar dalam menjalani hidup yang kian mencabar dan terus menduga hati ini.

Tak lama lagi warga Malaysia mahupun seluruh dunia akan menyambut kedatangan tahun yang dianggap penting ( bagi sesetengah mereka yang berasa selak sangat nak menyambutnya,walhal tahun hijrah dipinggirkan ) yang bakal tiba..Jadi,ada yang persiapkan dengan azam baru pada tahun baru nanti.Tapi,adakah azam yang dahulu telah selesai terlaksana atau sebaliknya?

Ataupun apabila tiba masanya kedatangan tahun 2013 nanti,akan disambut dengan penuh penghayatan nafsi samaada menuju keredhaan Ilahi atau menuju kehancuran??Bagi mereka yang punya akal yang boleh digunakan sebaiknya nikmat Allah itu akan berfikir secara rasional apa yang seharusnya dilakukan pasa tahun baru itu nanti,tetapai bagaimana yang punya akal tapi masih lagi ingin melakukan kerosakan pada diri mahupun masyarakat?Fikirkanlah dan bertindaklah dengan sebaiknya..

Jangan biarkan apabila tibanya tahun baru nanti...

Gejala seks bebas menjadi2,couple yang tak tentu hala,khalwat merata-rata,anak derhaka pada ibubapa menjadi bualan akhbar dan dunia dan akhirnya dunia akan binasa atas sebab dari tangan manusia yang punya otak yang berakala tapi tak dimanfaatkan sepenuhnya..

Sedarlah sebelum terlewat..lakukan perubahan yang terbaik dimana ianya dapat meraih redha Ilahi...

Jiwa tengah kacau..dipagi hari

AHH,...

Semalaman tak boleh tidur..Apa sebabnye???

Fikirkan siapa ek???

Ataupun jiwa tengah kacau??

Aduhai..jangan biarkan hidup ini tak ada ruang untuk rehat..

Ataupun masa rehat dijadikan masa memikirkan tentang kerja..

Sabarlah hati...

pedoman pagi Jumaat



Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan
untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak
membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua
rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi
salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian
tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba
tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak
menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan
kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar,
tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

p/s : Moga kita tidak tergolong di antara 10 golongan ini... amin..

Khamis, 27 Disember 2012

RESEPI : SAMBAL IKAN BILIS TUMIS

Assalamualaikum..

Resepi untuk petang ahad yang lalu adalah resepi yang pertama kalinya  untuk saya mencuba  masakan di dapur rumah (bukan rumah sendiri) .Maklumlah,kuali dan dapur sudah ada.Jadi,saya ingin menyahut cabaran diri sendiri ( tak cabar orang lain sebab bukan program Masterchef  ) satu resepi yang terdapat dalam majalah Saji yang menyajikan masakan Melayu,iaitu SAMBAL IKAN BILIS TUMIS

BAHAN-BAHAN :-

segenggam  ikan bilis ( yang digoreng terlebih dahulu )

4 ulas bawang goreng ( dikisar )

1 bawang besar ( ditumis )

1 bekas kecil cili boh

belacan

air asam jawa

3 batang serai ( yang dititik )

garam dan gula secukup rasa

minyak masak ( jangan lupa )

PENYEDIAAN 

1. Panaskan minyak di dalam kuali terlebih dahulu

2. Masukkan bawang besar yang dihiris.Tumis hingga naik baunya

3. Kemudian,masukkan cili boh dan tumis hingga naik baunya.

4. Masukkan ikan bilis bersama dengan batang serai,belacan,air asam jawa.

5. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.

6. Tumis ikan bilis hingga masak dan kemudian hidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba!!!!!!!!!



Renungan sejenak - Rapuh

Rapuh

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Ahad, 23 Disember 2012

Alhamdulillah...

Assalamualaikum..

Selesai sudah majlis perkahwinan Amirool Aizat ( Ijat  anak Uda ) dan Mardhiyatul Huda yang berlangsung pada hari ini 23.12.2012 di rumah Uda di Jalan Terap Mentakab,Pahang.Semoga berbahagia hingga ke syurga.Sudah lama tidak berjumpa si Ijat,akhirnya jadi pembaca doa majlis untuknya.Alhamdulillah,semoga diri ini akan bertemu dengan jodoh yang baik dan dicintai Allah SWT dalam kehidupannya.

Bersyukur juga dapat bertemu dengan seluruh keluarga mak ( Mak Wan ) yang dikenali sejak dari tahun 2009.Semoga jalinan silaturahim ini berkekalan hingga selamanya.Teringat masa mula-mula kenal mak dengan abah di Pasar Tani,Jerantut dan kenal best friend,Zulkhairi ( Boy ) di Cyber Cafe Jerantut, jugak.Jika diizinkan Allah,mahunya  ingin ke zaman tu.Alangkah indahnya.

Tapi bilamana hadir ke rumah Uda,rasa ada yang tiada.Iya,Husna Nadiah,adik yang disayangi.Dengar cerita dia sedang menghadapi exam di Universiti.Harapan along kat sini semoga Nadiah buat yang terbaik iya! Fokus pada exam dan jangan asyik dengan dunia.Yang penting,solat jangan tinggal yuk!..


Sabtu, 22 Disember 2012

Catatanku...

Assalamualaikum.

Pagi sabtu 22.12.2012 .....

hampir sudah saya siap belajar kereta untuk pergi ke saringan QTI pada tahun depan.Insyallah,doakan saya bila nak test nanti di Jerantut.Bukan mudah ye nak belajar drive kereta manual ek,hanya kerana nak bajet mana satu nak guna clucth,gera ataupun brek.silap gaya gunaya.alamatnya berdeboom...harap-harap test isnin nanti berjayalah.Selepas itu,terfikir untuk membeli hadiah perkahwinan untuk adik ( walaupun adik,tapi bagilah juga )..

Pada petangnya...

Menghadiri majlis akad nikah syuhada ( anak makcik meah ) iaitu isteri abah yang ketiga.Alhamdulillah ianya sempurna dan berjalan lancar.Mudah-mudahan adik saya selamat berbahagia dan menjalani rumahtangga dengan zaujunnya dengan baik dan semoga mendapat anak yang soleh dan solehah.Manakala esoknya 23.12.2012 diadakan walimah (kenduri majlis perkahwinan di Dewan MDJ  (Majlis Daerah Jerantut ).Jadi sesiapa yang dapat kad undangan jangan tak pergi ye..Sebab itu undangan wajib.Jangan pergi kalau tak diundang..dapat bala nanti...

Harap-harap sampai masa tiba giliran saya pula yang mendirikan masjid..dengan siapa?hanya Allah yang tahu...

Khamis, 20 Disember 2012

Warkah malam Jumaat


Persediaan Sebelum Tidur


DIRIWAYATKAN daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.(Hadis Riwayat al-Bukhari)



Huraian Hadith:

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW.

Dalam suatu riwayat menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a katanya: "Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (at-Tirmizi)

Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur.

Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur.

Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula.

Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

Celoteh dari habibi di malam Jumaat ini..

Assalamualaikum...

Selamat malam semua.Setelah hujan rahmat turun mencurahkan rezki atas izin Ilahi,dapatlah jemari ini menukilkan apa yang terkosong dalam lembaran blog.Oh,apa benda ye nak ditulis pada malam ini?Jadi fikiran terngah ligat memikirkan apa perkara mahu diutara dan selatankan dalam blog saya ni.Maklumlah blog lelaki,cerita yang boleh bawa manfaat dan dikongsikan bersama.Bukan macam sesetengah blogger yang 1/2 nya (maaf ye nak kabo ) especially kaum hawa yang sering menceritakan tentang peribadinya dalam blog.Apa yang tulis mengenai dirinya yang tak berkait langsung dengan hidup orang lain.Bukan saya ingin menilai dan buat audit pada orang tapi percayalah jika anda semua yang suka baca blog cubalah baca sebilangan dari blogger wanita yang suka menceritakan diri mereka..Harap siapa yang makan yang payau,pasti lepas ni makan yang manis iye.Bagi blogger yang banyak memaparkan manfaat untuk semua insan,teruskan usaha dan dakwah anda semua.Usaha anda matlamat semua umat Islam.Jadi,pesanan dari Habibi,berkaryalah..nukilkanlah apa saja ilmu yang ada pada diri kita mahupun kita peroleh dari orang lain,sampaikanlah dalam blog anda.Mudah-mudahan ada pelawat dimana-mana negara sudi meluangkan masa membaca info yang bermanfaat dan boleh anda jadikan pedoman.Pada yang terasa ke panas telinga,mudah-mudahan sejukkan diri anda dengan membaca dan mendengar sesuatu yang baik.Insyallah diri anda selalu disayangi Allah SWT dan manusia...

Wassalam..selamat malam dan selamat menunaikan ibadat malam hari jika terbangun dinihari nanti...

TANDA HATI KITA MATI

Assalamuaikum..

Renungan dipersembahkan buat hati-hati yang jangan alpa dengan dunia..Bermuhasabah pada hati yang serina alpa supaya lekas kembali kepada Allah SWT sebelum tiba masanya kembali kepadaNya..

TANDA HATI KITA MATI

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :


1) Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

2) Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

3) Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

4) Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

5) Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

6) Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

7) Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

8) Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

9) Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

10) Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).


Firman Allah SWT yang bermaksud :-


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat nasuha  kepada Zat yang Memiliki mu."

Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:


"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."


Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:



Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Renungkanlah wahai insan..Jangan sampai terleka dan tersungkur ke lembah hina..

Salam kejayaan untuk adik..

Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan rezki kejayaan kepada Nur Hidayah binti Ariffin,adik saya yang telah memperolehi 7A dalam sijil PMR.Semoga tingkatkan lagi usaha dan kejayaan pada SPM akan datang..

Jangan selesa lagi.....SPM yang bakal tiba nanti buat yang terbaik sama seperti PMR....

Berjalan jauhla..

Semalam berpeluang untuk pergi ke Kuala Lumpur bersama dengan seorang rakan sepejabat untuk mengambil Al Fadhil Qodhi yang baru saja pulang dari Acheh atas dasar melawat tempat-tempat bersejarah kat sana selama 4 hari.Itulah first time melihat LCCT yakni lampangan tempat flight mendarat ke bumi.Sebelum ni pernah tengok kat tv je.Dikatakan drama awan Dania pernah mengambil tempat ini sebagai lokasi.

Pemandangan dalam dan luar LCCT






Sambil2 menunggu,sambil tu order KFC.Mak ai,mahalnya.Macam dua kali ganja dari harga yang biasa.Tapi fav punya hal,belila jela.Mungkin lepas ni,ada rezki nak naik flight pergi menziarahi tempat2 menarik especially Makkah..Itu pasti jika berkemampuan sebab nak pergi haji ataupun umrah.


Selasa, 18 Disember 2012

Nilailah kecerdikanmu

Bagi yang punyai masa yang terbuang tatakala ini,renungilah dan nilaikanlah diri kita apa taraf kecerdikan kita selama berada di atas dunia ini..


Orang Cerdik : Sesiapa yang bermuhasabah  dirinya dan beramal untuk menghadapi  perkara selepas kematiannya . ( Orang yang benar benar cerdik akan meneliti setiap perkara dan sentiasa melihat kepada akibat daripada sesuatu perbuatan )


Orang Lemah : Sesiapa yang menjadikan dirinya mengikut hawa nafsu dan sentiasa berharap kepada Allah s.w.t. [ keampunanNya ] .

(Riwayat al-Tirmizi)


Renung-renungkan dan selamat beramal..

Bingkisan hati seorang habibi : Tentang jodoh

Sunyinya hati ini..

Segala yang dimilikki cukup untukku menempuh hidup ini

Tapi bila ditanyakan tentang jodoh..Siapakah jodohku?

Bagaimana cara ingin mencari mencarinya?

Puas diri ini mencari tapi belum juga ditemui

Puas mencari hingga hati pernah terpalit rasa perih kecewa

Terfikir juga untuk mendiamkan diri hingga saat terakhir

Tapi,mungkinkah sampai masanya jodoh itu akan tiba di destinasi hati ini

Hingga kini,biarlah aku menunggu..Sampai mati tetap menunggu siapapun jodohku..

Ya Allah,dekatkanlah diri ini kepadaMu..

Jangan biarkan diri ini tersia-sia tanpa rasa cinta dariMu..

Meski perih menghiris hiris segala janji yang tak pasti dari kenangan lalu..

Temuilah diri ini pada hati yang setia kepadaMu..

 Yang mendambakan cintaMu melebihi cintanya kepada kepada yang lain..

Temukan aku dengannya di dunia ini..


Alahai..menunggu jodoh dalam bekas pun jadilah...


~7 Sunnah Rasulullah~

Wadah untuk hari ini mengingatkan kita agar sentiasa melakukan apa yang diperintah oleh Allah SWT serta meninggalkan apa yang ditegah olehNya.Banyaka perkara kebaikan yang boleh kita amalkan selagi ianya tidak berlanggar dengan syarak,malah adalah lebih baik juga kita mengikuti serta mencontohi sunnah Rasulullah...Apabila berbuat kebaikan,berbuatlah ia secara istiqomah yakni berterusan.Jangan takut untuk melakukan kebaikan kerana zaman alaf ini ramai yang sering melakukan kejahatan yang boleh merosakkan diri dan masyarakat.Malahan,ada diantara orang Islam tak ada harga diri apabila sering melakukan maksiat.Jadi,berubahlah dan persiapkanlah diri dalam melakukan amal kebaikan.

7 Sunnah Rasulullah dititipkan untuk semua agar sentiasa ada kebaikan dalam diri dalam melakukan amal sehari-hari..



SOLAT DHUHA : meraih redha Ilahi

Assalamualaikum...

Salam dhuha yang diciptakan Allah SWT sebagai tanda kekuasaanNya,apabila menjalani ibadah itu akan mendapat pahala yang istimewa oleh Allah SWT.Sesungguhnya dhuha itu diciptakan dalam waktu yang sungguh indah dan mudah dikerjakan oleh umat Islam yang inginkan keberkatan dalam rezki.Bagi yang ingin nak melaksanakan solat dhuha di waktu pagi,laksanakanlah jika ada waktu terluang.Walaupun begitu,jika ada yang mahu melakukannya tapi tidak tahu cara pelaksanaannya dan waktu bilakah boleh dilakukan solat itu,dibawah ini saya akan berkongsi kepada anda semua bagaimana cara pelaksanaan solat yang membawa kepada keberkatan dan kekayaan pada rezki tersebut:-


Waktu Solat Dhuha

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.

Cara pelaksanaan Solat Dhuha



* Niat bagi sembahyang Dhuha ialah : 

” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala “

Bacaan surah yang digalakkan dibacakan di dalam rakaat solat tersebut adalah seperti berikut:
Cara1Cara2Cara3
Rakaat 1Al-SyamsyAl DhuhaAl-Kursi 7X
Rakaat 2Al-LaiilAn NasrAl-Iklas 11X
Bacaan bagi sujud terakhir:(dibaca sebanyak 3 kali)



DOA SELEPAS SOLAT DHUHA



p/s :Jika tak jelas bila melihat doa di atas,sila tekan pada doa ini  untuk melihat dengan jelas


KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) 

sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



Isnin, 17 Disember 2012

LUAHAN HATI PADA MALAM HARI

Bilakah hati ini akan kembali tersenyum seperti dulu??

Mengapa hati ini masih mengingati insan yang telah meninggalkan diri ini tanpa alasan yang munasabah dan tidak diterima akal?

Betapa sukarnya menerima kenyataan jika diri ini tidak kembali kepada Sang Pencipta

Dan biarlah cinta pada yang fana itu lebur menjadi debu berterbangan..

Sesungguhnya cintakan manusia membawa keperihan pada hati

Sering memungkiri...bukan yang hakiki

Sedangkan cinta dan merindui Ilahi..adalah yang abadi..

Itulah sebenarnya cinta..

CUKUP BAGIKU ALLAH


HIDUP HANYA SEMENTARA

Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua sahabat akhi dan ukhti yang sedang menjalani hidup masing-masing.Semoga apa yang dikerjakan pada petang hari ini diberkati dan diberi rahmat dan mawaddah dari Allah SWT apa jua adanya.

Hidup kita hanyalah sementara
Hanya seketika menjalaninya
Ayuh persiapkanlah kita untuk menghadapi hari berikutnya
Yakni hari yang penuh perhitungan dan pembalasan

Bukan selamanya kita di atas dunia
Kerna sampai masa dan ektika kita akan kembali ke hadrat Nya
Mampukah kita untuk mengadap kepadaNya
Sedangkan kita masih kekurangan amalan dan pengisian rohani dalam dii kita

Bangkitlah dari khilaf yang lalu
Bangikitlah dengan amalan yang baru
Bertaubatlah..bertahajudlah bertasbihlah di atas sejadah cinta Ilahi
Memohon keampunan agar Allah mengampuni khilaf dan dosa
Dan membasahkan lidah dengan memahami ayat-ayat cinta dariNya

Hidup hanya sementara
Yang kekal hanyalah negeri sana
Akhirat destinasi yang abadi
Tempat terakhir menuju sang hambaNya

Sebelum menutupkan mata ini
Sentiasalah diri ini berada di landasan agamaNya
Sehingga akhirnya meniti khusnul khatimah
dan menggapai syurgaNya yang hakiki...

Cukup bagi kita ALLAH

Andai ada rasa duka dihati
Ucapkanlah syukur padaNya kerna kita masih ada Dia
Tuhan Yang Maha Mengasihani
Jika kita rasa dekat denganNya
Dekatlah denganNya dengan rasa bahagia
Bila dekat padaNya kita akan rasa tenang dihati
Tanpa rasa gundah dan gelisah
Cintailah Allah dengan sepenuh hati
Dengan rasa iman dan taqwa kepadaNya
Cukuplah bagi kita Allah
Dialah segalanya dalam hidup kita
Cukuplah bagi kita Allah
Dialah Yang Maha Menjaga hati-hati kita
dari lalai dan alpa dengan dunia
Cukuplah bagi kita Allah
Hasbunallaha wa nikmal wakil..
Cukuplah Allah sebagai penjaga kita
Hingga ke akhir waktu..

 
 

25 Amalan dijamin masuk ke SYURGA ♥



  1. Sesiapa bertemu dengan Allah tanpa syirik dengan sesuatu, masuk syurga..
  2. Sesiapa beriman kepada Allah SWT, RasulNya, menunaikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka dia berhak memasuki syurga.
  3. Sesiapa membina masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT, Allah membina sebuah mahligai yang sama nilai dengan masjid didalam syurga kelak.
  4. Sesiapa solat Subuh dan Isyak, masuk syurga.
  5. Sesiapa berulang-alik pagi dan petang ke masjid dia kan mendiami syurga.
  6. Sesiapa dapat menjaga mulut dan kemaluannya pasti dapat memasuki syurga.
  7. Sesiapa menunaikan solat sunat 12 rakaat malam dan siang pasti memasuki syurga.
  8. Sesiapa berjalan dengan tujuan menuntut ilmu Allah SWT memudahkan baginya laluan ke Syurga.
  9. Sesiapa menjawab azan dengan sempurna pasti masuk syurga.
  10. Sesiapa berwuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat sunat wuduk 2 rakaat, pasti masuk syurga.
  11. Sesiapa meredhai Allah SWT sebagi Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai nabinya pasti masuk syurga.
  12. Sesiapa mengakhiri hidupnya dengan kalimah لا إله إلا الله pasti masuk Syurga.
  13. Sesiapa membaca doa سبحان الله العظيم وبحمده dia akan memetik tamar di dalam syurga.
  14. Sesiapa mati dan tidak memilki sfat takabbur, melakukan perkara sia-sia dan tidak memilki hutang maka masuk syurga.
  15. Sesiapa berdoa dengan doa اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت ، أعوذ بك من شر ما صنعت ، أبوء لك بنعمتك عليَّ وأبوء لك بذنبي فاغفر لي ، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت . pada siang hari lalu dia meninggal di malam hari, maka masuk Syurga serta menjadi ahli syurga dan begitulah disebaliknya.
  16. Sesiapa melaungkan azan selama 12 tahun, pasti dia dapat memasuki Syurga.
  17. Sesiapa berdoa memohon syurga sebanyak 3 kali dengan lafaz اللهم أدخله الجنة pasti masuk syurga.
  18. Sesiapa menziarahi pesakit, samada suadaranya, Allah kan menyuruh malaikat mendoakan kebaikan sepanjang perjalanan pergi dan balik dari rumah pesakit yang diziarahinya. pasti dia memasuki Syurga.
  19. Bersedekah membawa kepada kebaikan, setiap kebaikan pasti memperolehi Syurga.
  20. Membenarkan agama Allah dan berjihad Di jalan Allah pasti masuk syurga.
  21. Menyebarkan keamanan, memberi makan kepada orang ramai, menghubung silaturrahim pasti masuk Syurga.
  22. Mereka yang berjaya mendapatkan haji mabrur dan menjaga dari sebarang dosa diantara dua umrah.
  23. Sesiapa menghafaz 99 nama Allah SWT, masuk Syurga.
  24. Membuang kayu yang menghalang laluan orang ramai, atau yang menyakiti orang ramai.
  25. Sesiapa membebaskan dua orang hamba jariah. Aku dan dia bersama dalam syurga
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan...

Aktiviti hari ini

Assalamualaikum..

Pada pagi ini saya tengah mengupdate blog baru.Almaklumlah,tiada kerja yang perlu dibuat dalam pejabat.Jadi,ambil masa untuk menghias blog ini sebelum dipaparkan dikhalayak ramai.Lagipun,tengah memikirkan apa ilmu yang nak disampaikan terlebih dahulu.Harap bisa diterima oleh para pembaca yang sudi membacanya.

Jadi,pesanan saya untuk hari ini,lakukan sesuatu pekerjaan itu dengan hati yang ikhlas.Sentiasa senyum selalu walaupun ada kesulitan..

Siapa pemilik blog ini...

FAIL PERIBADI PEMILIK BLOG

NAMA   : FARIQ BIN ARIFFIN
NAMA BAPA  : ARIFFIN BIN MUSA
NAMA IBU  : MAZENAH BINTI MUBIN
ANAK   : SULUNG
PENDIDIKAN : SK JERANTUT  1992 -1997
                           SMA PULAU TAWAR JERANTUT 1998 - 2002
                           KULLIAH LUGHAH WADDIN PEKAN 2003
                           KUSZA @ UNIVERSITI DARUL IMAN KUALA TERENGGANU

CITA-CITA     : ASAL : AHLI PSIKOLOGI / NOVELIS
CITA-CITAKU SEKARANG  : PEGAWAI PENGUATKUASA SYARIAH BERTAULIAH 2010-KINI
HOBI              : MEMBACA,KEMBARA,KUCING
TAK SUKA    : WANITA DEDAH AURAT,KATAK,MANUSIA KAYA YANG SOMBONG
WARNA         : MAROON,UNGU,HITAM
MAKANAN   : PEDAS,MASAK LEMAK
MINUMAN    : JUS BUAH
TEMPAT YANG INGIN DILAWATI : MAKKAH,MADINAH,ABU DHABI,KELANTAN,TERENGGANU