Assalamualaikum...
Selamat malam semua.Setelah hujan rahmat turun mencurahkan rezki atas izin Ilahi,dapatlah jemari ini menukilkan apa yang terkosong dalam lembaran blog.Oh,apa benda ye nak ditulis pada malam ini?Jadi fikiran terngah ligat memikirkan apa perkara mahu diutara dan selatankan dalam blog saya ni.Maklumlah blog lelaki,cerita yang boleh bawa manfaat dan dikongsikan bersama.Bukan macam sesetengah blogger yang 1/2 nya (maaf ye nak kabo ) especially kaum hawa yang sering menceritakan tentang peribadinya dalam blog.Apa yang tulis mengenai dirinya yang tak berkait langsung dengan hidup orang lain.Bukan saya ingin menilai dan buat audit pada orang tapi percayalah jika anda semua yang suka baca blog cubalah baca sebilangan dari blogger wanita yang suka menceritakan diri mereka..Harap siapa yang makan yang payau,pasti lepas ni makan yang manis iye.Bagi blogger yang banyak memaparkan manfaat untuk semua insan,teruskan usaha dan dakwah anda semua.Usaha anda matlamat semua umat Islam.Jadi,pesanan dari Habibi,berkaryalah..nukilkanlah apa saja ilmu yang ada pada diri kita mahupun kita peroleh dari orang lain,sampaikanlah dalam blog anda.Mudah-mudahan ada pelawat dimana-mana negara sudi meluangkan masa membaca info yang bermanfaat dan boleh anda jadikan pedoman.Pada yang terasa ke panas telinga,mudah-mudahan sejukkan diri anda dengan membaca dan mendengar sesuatu yang baik.Insyallah diri anda selalu disayangi Allah SWT dan manusia...
Wassalam..selamat malam dan selamat menunaikan ibadat malam hari jika terbangun dinihari nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan