Selamat pagi Isnin 31.12.2012..Hujan pun turun selebat-lebatnya mencurahkan rezki dengan izin Ilahi..Mencurahkan kenikmatan atas bumi Kuantan ini..Sesejuknya pagi ini,masih lagi mata ini belum terlelap walaupun baru selesai kerja sejak dari 2 jam tadi..
Ingin juga saya mengambil kesempatan untuk melakarkan sebuah nukilan buat sang perindu Ilahi.Juga buat yang merindui ibubapa juga orang yang tersayang yakni zaujah.Buat diri saya yang masih sepi,belum juga bernikah lagi,walhal teringin untuk bersama yang dikasihi tetapi takdir Ilahi,biarlah ianya sendiri..Jemari ini mula menari di atas butang keyboard untuk menitipkan lirik-lirik bait yang mungkin anda semua pernah mendengarnya di tv Hijrah iaitu sebuah drama Islami yang bertajuk Warkah Cinta jam 8.30 pm.Kini,drama tu dah habis,mungkin juga akan datang ianya akan kembali berulang di tv yang sama.Uniknya,drama ini dilakonkan oleh Imam Muda Nazrul,Naib Juara Imam Muda Musim ke2(kenal kan)macam muka Farish Azizi yang masuk Fear Factor Malaysia tu.Selain dari Imam Nazrul,turut diterajui oleh Heliza Helmi.Best bila layan drama tu.Lagipun ianya adaptasi dari sebuah novel nukilan Ustaz Ubaidillah Alias
Warkah cinta berbau syurga(Ustaz Bazli feat Imam Muda Nazrul)
Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga
Simpanan batinku hampir ter-
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang dimata insan
Engkau Maha mengerti letaknya cintaku ini
Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ
[Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga
Simpanan batinku hampir ter-
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang dimata insan
Engkau Maha mengerti letaknya cintaku ini
Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ
[Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]
Bila didengar bait-bait ni,terasa menusuk dikalbu.Begitu agungnya cinta Ilahi yang tiada bandingan.Sungguh,bukan mudah mencari cinta yang suci di antara manusia-manusia atas dunia ni.Tapi,cinta Ilahi cinta yang abadi dan bahagia dihati selamanya..Semoga,diri ini akan menemui cinta yang sentiasa mencintai Ilahi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan