Khamis, 27 Disember 2012

RESEPI : SAMBAL IKAN BILIS TUMIS

Assalamualaikum..

Resepi untuk petang ahad yang lalu adalah resepi yang pertama kalinya  untuk saya mencuba  masakan di dapur rumah (bukan rumah sendiri) .Maklumlah,kuali dan dapur sudah ada.Jadi,saya ingin menyahut cabaran diri sendiri ( tak cabar orang lain sebab bukan program Masterchef  ) satu resepi yang terdapat dalam majalah Saji yang menyajikan masakan Melayu,iaitu SAMBAL IKAN BILIS TUMIS

BAHAN-BAHAN :-

segenggam  ikan bilis ( yang digoreng terlebih dahulu )

4 ulas bawang goreng ( dikisar )

1 bawang besar ( ditumis )

1 bekas kecil cili boh

belacan

air asam jawa

3 batang serai ( yang dititik )

garam dan gula secukup rasa

minyak masak ( jangan lupa )

PENYEDIAAN 

1. Panaskan minyak di dalam kuali terlebih dahulu

2. Masukkan bawang besar yang dihiris.Tumis hingga naik baunya

3. Kemudian,masukkan cili boh dan tumis hingga naik baunya.

4. Masukkan ikan bilis bersama dengan batang serai,belacan,air asam jawa.

5. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.

6. Tumis ikan bilis hingga masak dan kemudian hidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba!!!!!!!!!



Tiada ulasan: