Ahad, 23 Disember 2012

Alhamdulillah...

Assalamualaikum..

Selesai sudah majlis perkahwinan Amirool Aizat ( Ijat  anak Uda ) dan Mardhiyatul Huda yang berlangsung pada hari ini 23.12.2012 di rumah Uda di Jalan Terap Mentakab,Pahang.Semoga berbahagia hingga ke syurga.Sudah lama tidak berjumpa si Ijat,akhirnya jadi pembaca doa majlis untuknya.Alhamdulillah,semoga diri ini akan bertemu dengan jodoh yang baik dan dicintai Allah SWT dalam kehidupannya.

Bersyukur juga dapat bertemu dengan seluruh keluarga mak ( Mak Wan ) yang dikenali sejak dari tahun 2009.Semoga jalinan silaturahim ini berkekalan hingga selamanya.Teringat masa mula-mula kenal mak dengan abah di Pasar Tani,Jerantut dan kenal best friend,Zulkhairi ( Boy ) di Cyber Cafe Jerantut, jugak.Jika diizinkan Allah,mahunya  ingin ke zaman tu.Alangkah indahnya.

Tapi bilamana hadir ke rumah Uda,rasa ada yang tiada.Iya,Husna Nadiah,adik yang disayangi.Dengar cerita dia sedang menghadapi exam di Universiti.Harapan along kat sini semoga Nadiah buat yang terbaik iya! Fokus pada exam dan jangan asyik dengan dunia.Yang penting,solat jangan tinggal yuk!..


Tiada ulasan: