Assalamualaikum..
Salam sejahtera hendaknya selepas menunaikan solat Jumaat.Maka bersambunglah seluruh umat Islam melakukan tugasan masing-masing di atas bumi ini.Semoga apa yang dilakukan mendapat redha dan barakah dari Allah SWT..
Bersyukur kepadaNya kerana masih lagi diberi peluang menghadapNya pada Jumaat ini.Semoga hati ini selalu ikhlas dan sabar dalam menjalani hidup yang kian mencabar dan terus menduga hati ini.
Tak lama lagi warga Malaysia mahupun seluruh dunia akan menyambut kedatangan tahun yang dianggap penting ( bagi sesetengah mereka yang berasa selak sangat nak menyambutnya,walhal tahun hijrah dipinggirkan ) yang bakal tiba..Jadi,ada yang persiapkan dengan azam baru pada tahun baru nanti.Tapi,adakah azam yang dahulu telah selesai terlaksana atau sebaliknya?
Ataupun apabila tiba masanya kedatangan tahun 2013 nanti,akan disambut dengan penuh penghayatan nafsi samaada menuju keredhaan Ilahi atau menuju kehancuran??Bagi mereka yang punya akal yang boleh digunakan sebaiknya nikmat Allah itu akan berfikir secara rasional apa yang seharusnya dilakukan pasa tahun baru itu nanti,tetapai bagaimana yang punya akal tapi masih lagi ingin melakukan kerosakan pada diri mahupun masyarakat?Fikirkanlah dan bertindaklah dengan sebaiknya..
Jangan biarkan apabila tibanya tahun baru nanti...
Gejala seks bebas menjadi2,couple yang tak tentu hala,khalwat merata-rata,anak derhaka pada ibubapa menjadi bualan akhbar dan dunia dan akhirnya dunia akan binasa atas sebab dari tangan manusia yang punya otak yang berakala tapi tak dimanfaatkan sepenuhnya..
Sedarlah sebelum terlewat..lakukan perubahan yang terbaik dimana ianya dapat meraih redha Ilahi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan