Ahad, 30 Disember 2012

Plan 2013..Apa dia ye??

Assalamualaikum...

Berdasarkan arahan yang diterima dari ketua,selama 3 harilah saya berada di Kuantan bagi menunaikan tanggungjawab atas apa yang dipertanggungjawabkan.Kerja apa?Taknak bagitahu buat masa ni sebab tak penting sangat.Tapi tanggungjawab yang dipegang ni mudah-mudahan diberkati Allah apa adanya.Yang penting,ikhlas..ikhlas..ikhlas.Jangan mengeluh dan menganggap tanggungjawab tu satu beban.

So,lagi 2 hari menjelang tahun baru..Apa azam ye...Mungkin tak fikir lagi kot.But,sebenarnya sudah ada perancangan yang akan dilaksanakan pada tahun 2013.Azam untuk membuat duit adalah salah satunya...Jadi,nak berniaga apa,memang dalam kepala.Hope,dapat dilaksana pada tahun baru nanti,tak kiralah nak mula awal mahupun tengah bulan..

Jadinya...azam nak jadi blogger yang hebat..Insyallah,akan cuba terlaksana sepenuhnya.Dengan berkongsi apa-apa info yang bermanfaat dan bukannya karut marut..Jadi kawan-kawan,doakan kejayaan saya yek!!


Tiada ulasan: