Isnin, 31 Disember 2012

Ada apa dengan tahun baru??

Assalamualaikum..

Berdasarkan entri yang ingin diketengah dan diketepikan..anda semua pasti tahu ada apa dengan cinta..opss..bukanlah..ada apa dengan TAHUN BARU..Iya,apabila hujung tahun berakhir maka esoknya akan hadir tahun yang baru.Jadi,untuk meraikannya,malam tu juga diadakan macam-macam sambutan.Macam-macam ada..ada sambutan versi tradisional,ada yang millineum.Bunga api,mercun berdentam dentum.Tapi,semua itu takkan berakhir tanpa dihiasai dengan gelagat anak muda yang mula menunjukkan belang dengan melakukan perkara yang kebiasaannya jauh dari panggang dan apinya..Haha,tak lawak..muda mudi sekarang bukan macam zaman mak ayah kita yang ada pandai jaga akhlak dan tahu baik dan buruknya..

Malah,apabila tibanya malam tahun baru,setelah 12 kali jam berbunyi di menara jam yang tersergam indah di merata negeri ( jika ada menara yang dibina,takpun tengok dalam tv ajelah kan? ) maka bermulalah mereka terutamanya remaja lelaki dan perempuan melakukan apa yang bercanggah dari syariat Islam.Seperti misalnya :

Bermula acara rempit merempit di atas trek dan siapa yang juara akan menerima hadiah 'minah rempit'untuk dikendurikan.Malah,harta awam turut dimusnahkan tanpa berfikir walau sesaat,walhal ada otak dan punya akal,tapi tak pandai mengendalikannya.Selain itu,ada juga acara yang menghiasi malam tahun baru yang sebenarnya tak membawa apa-apa manfaat.

Sedarlah duhai insan,tak guna jika hidup ini tidak dihiasi iman dan taqwa.Sedarlah cepat-cepat,jangan sampai datang malaikat maut menjalankan tugas yang diarahkan Allah SWT,masa itulah sesalan tiada gunanya lagi..

Semoga tahun baru yang akan tiba esok hari nanti,berazamlah dengan menambah kebaikan dan sentiasa mentaati segala perintah Allah,menurut sunnah Rasulullah,memeperbaiki yang wajib dan men addkan yang sunat,juga meninggalkan segala laranganNya..Dan semoga saya dan anda semua mengama;kan hidup secara bersyariat.Insyallah..

Selamat tahun baru 2013...Hiudp success tanpa masalah semuanya  ok!!!(kata Awi Rafael Nadal)





Tiada ulasan: