Selasa, 18 Disember 2012

SOLAT DHUHA : meraih redha Ilahi

Assalamualaikum...

Salam dhuha yang diciptakan Allah SWT sebagai tanda kekuasaanNya,apabila menjalani ibadah itu akan mendapat pahala yang istimewa oleh Allah SWT.Sesungguhnya dhuha itu diciptakan dalam waktu yang sungguh indah dan mudah dikerjakan oleh umat Islam yang inginkan keberkatan dalam rezki.Bagi yang ingin nak melaksanakan solat dhuha di waktu pagi,laksanakanlah jika ada waktu terluang.Walaupun begitu,jika ada yang mahu melakukannya tapi tidak tahu cara pelaksanaannya dan waktu bilakah boleh dilakukan solat itu,dibawah ini saya akan berkongsi kepada anda semua bagaimana cara pelaksanaan solat yang membawa kepada keberkatan dan kekayaan pada rezki tersebut:-


Waktu Solat Dhuha

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.

Cara pelaksanaan Solat Dhuha



* Niat bagi sembahyang Dhuha ialah : 

” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala “

Bacaan surah yang digalakkan dibacakan di dalam rakaat solat tersebut adalah seperti berikut:
Cara1Cara2Cara3
Rakaat 1Al-SyamsyAl DhuhaAl-Kursi 7X
Rakaat 2Al-LaiilAn NasrAl-Iklas 11X
Bacaan bagi sujud terakhir:(dibaca sebanyak 3 kali)



DOA SELEPAS SOLAT DHUHA



p/s :Jika tak jelas bila melihat doa di atas,sila tekan pada doa ini  untuk melihat dengan jelas


KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) 

sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



Tiada ulasan: