Sabtu, 22 Disember 2012

Catatanku...

Assalamualaikum.

Pagi sabtu 22.12.2012 .....

hampir sudah saya siap belajar kereta untuk pergi ke saringan QTI pada tahun depan.Insyallah,doakan saya bila nak test nanti di Jerantut.Bukan mudah ye nak belajar drive kereta manual ek,hanya kerana nak bajet mana satu nak guna clucth,gera ataupun brek.silap gaya gunaya.alamatnya berdeboom...harap-harap test isnin nanti berjayalah.Selepas itu,terfikir untuk membeli hadiah perkahwinan untuk adik ( walaupun adik,tapi bagilah juga )..

Pada petangnya...

Menghadiri majlis akad nikah syuhada ( anak makcik meah ) iaitu isteri abah yang ketiga.Alhamdulillah ianya sempurna dan berjalan lancar.Mudah-mudahan adik saya selamat berbahagia dan menjalani rumahtangga dengan zaujunnya dengan baik dan semoga mendapat anak yang soleh dan solehah.Manakala esoknya 23.12.2012 diadakan walimah (kenduri majlis perkahwinan di Dewan MDJ  (Majlis Daerah Jerantut ).Jadi sesiapa yang dapat kad undangan jangan tak pergi ye..Sebab itu undangan wajib.Jangan pergi kalau tak diundang..dapat bala nanti...

Harap-harap sampai masa tiba giliran saya pula yang mendirikan masjid..dengan siapa?hanya Allah yang tahu...

Tiada ulasan: